Social Icons

.

Featured Posts

Thursday, June 22, 2017

MENANGISLAH KERANA DIA YANG DI SYURGA



Saya percaya kalian juga menginginkan yang terbaik selama manapun hidup dan tinggal di dunia. Tiada seorang pun yang mahu hidupnya dipandang hina.

Tapi untuk menjadi manusia yang hampir sempurna, kita haruslah merasakan hina lebih dahulu. Perasaan manusia yang hina sangat ampuh, dia boleh menangis secara telus tanpa ada rasa keterpaksaan.

Hari ini saya mahu menundukkan diri, merendahkan keegoan dan berlutut pada Dia.

Pada suatu kepercayaan lain, mereka sujud tanda mereka sangat kerdil. Mereka juga sungguh-sungguh mahu memohon keampunan daripada Yang Maha Kuasa.

Saya berdosa.

Saya sungguh berdosa.

Jadi, doa yang biasa sahaja tidak cukup. Saya harus bertaubat, adakah kalian seperti saya? Adakah kalian yang mahu bersama saya untuk menjadi lebih baik daripada kelmarin?

Masa hadapan tidak boleh diramal tapi kita boleh melakukan sesuatu untuk menjadikan esok lebih baik.

Mulakan dengan melihat amalan setiap hari. Kaji apa tabiat kita. Semak semula kecenderungan kita.

Mulakan hidup baru yang penuh dengan harapan membahagiakan.


Saya percaya Dia yang berada di syurga, sentiasa menanti kita dengan tangan terbuka.


Friday, June 09, 2017

Wan Keduk Yang Mengkisahkan Ceriteranya Sungguh-Sungguh


Ada suatu hal yang mengganggu benak saya malam tadi. Bukanlah pada kesungguhan seorang individu yang menghubungi melalui telefon bimbit. Aku mahu mengkisahkan secara terperinci, tapi tidaklah elok jika disebar.
Hidup ini maha singkat, sahabat.
Sekalipun kita menjalani kehidupan dengan bahagia dan seolah tiada kesusahan, jika telah tertakdir olehNya, akhirnya kita hanya mampu pasrah.
Saya respek pada ketabahan lelaki itu. Terima kasih kerana sudi bercerita, dan cerita itu terdengar begitu jujur dan ikhlas. 
Maaf andai saya tidak bereaksi seperti yang kau inginkan. Tidak mengapa bukan? Kita pun baru mengenali antara sesama. Belum panas juga punggung di kerusi ini. Bayangkanlah, usia perkenalan masih sehijau warna pucuk daun.
Andai wajah saya redup, terima kasih kehidupan yang mendewasakan. Sekarang saya cuma mahu hidup seadanya, sederhana dan cuma-cuma.
Terima kasih, Wan Keduk!

Monday, May 29, 2017

Maka, Enam Bulan Telah Berlalu – Sejak Hari Itu



Saya anggar kasar lebih kurang 190 hari sejak hari itu. Tidaklah terlalu pedih jika tiba-tiba terkenang, tapi jika difikir-fikir, alangkah malangnya diri ini terasa begitu dalamnya di hati. Pelbagai cara saya lakukan untuk hal yang bernama #MoveOn. Bukan mahu pura-pura terlihat kuat dan tabah, cuma hendak membuktikan bahawa dua kaki ini mampu melangkah tanpa bergantung pada sesiapa.
Hujung minggu lalu saya meluangkan masa dengan rakan-rakan yang mahu meluangkan masa denganku. Apa pun, niat mereka, saya tidaklah fikir panjang kerana saya berasa mereka juga mahu menikmati masa lapang dengan manusia yang mereka mahu.
Hidup adalah kesenangan, atau semacam rasa selesa yang akhirnya terzahir pada siapa kita luangkan masa bersama. Kalian pilih siapa untuk menghabiskan masa bersama? Semua itu adalah pilihan. Jangan sangkal hal yang satu itu.
Sebenarnya masa sudah terlalu singkat untuk tidak menikmati masa muda dengan sebaiknya. Ayuh gunakan masa yang berbaki dengan berbuat hal yang akan kita banggakan pada masa yang menjelang. Habiskan harimu dengan menikmati sepenuhnya.
Saya fikir, saya sudah berehat panjang.
Jadi eloklah jika saya fokus untuk kekalkan sahaja ketenangan dari dalam. Tenang Itu Pasti Menang.
Rekodkan semua kenangan dan memori secari maya. Semudah itu dan kumpulkan sahaja semuanya menjadi pengalaman yang tidak terlupakan.
Ingatkah kau pada identiti kecil yang kau pernah sarankan terhadap diri sendiri? 
Minimalis, Law of Attraction dan juga lebih interaktif.
Semoga hari ini berlangsung dengan baik, dan saya cuma ingin menikmati masa-masa dengan kecup ajaib Tuhan. 


LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates