Social Icons

.

Thursday, March 12, 2015

Hinava Versi Salmon, Kadazandusun Bah Ini

Hinava merupakan makanan kegemaran saya. Handmade sudah semestinya. Tahukah anda hinava merupakan antara makanan wajib masyarakat Kadazandusun di Sabah? Lazimnya ia dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, bawang merah, halia, limau kapau atau cuka dan garam. Selain itu, boleh letak peria yang dipotong halus untuk sensasi rasa pahit.


     Okay, hinava ialah Shushi Sabah. Sebabnya, isi ikan tidak perlu dimasak kerana ia akan masak semasa perahan air limau kapas tadi. Limau nipis atau kasturi juga boleh digunakan tapi kurang Umphh! Boleh guna ikan tenggiri atau yu, adakalanya menggunakan udang atau sotong.


     Ini Hinava yang saya sendiri bikin (buat). Bila duduk di perantauan, makanan sperti ini mengingatkan kepada acara atau perayaan seperti majlis perkahwinan dan Hari Kaamatan. jangan lupa biarkan jus limau diperam bersama isi ikan tadi lama sikit sebelum dihidang.






Bahan yang digunakan:
Salmon (dicincang halus)
Cili merah
Bawang merah
Limau kapas dan cuka


Tak cukup bahan pun jadi! Selamat mencuba!

     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates