Social Icons

.

Tuesday, April 07, 2015

Aku dan Kinabalu


Secara jujurnya, saya belum pernah menawan Kinabalu. But the best part kalau bangun pagi dulu di kampung, tengok dari beranda boleh tengok pemandangan gunung.

Best! No others word can explain that feeling.

Dulu masuk hutan ikut mendiang odu potong getah, kadang kala ada lah yang dicari, kalau bukan cendawan mungkin sayur lain. Mengetam padi lain cerita pula. Semua ada sentimental value yang tidak mungkin terganti lagi pada zaman sekarang.


Lets get back to this story. Aku dan Kinabalu.



Ebi, seorang hartawan muda memasang impian mahu mendaki Gunung Kinabalu sehingga ke puncaknya. Niatnya itu sering terbantut kerana tiada siapa pun sanggup membawanya ke puncak Gunung Kinabalu sehinggalah dia bertemu gadis bernama Lia yang telah kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan jalan raya. Adakah mereka berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu?

Sila tonton bah!
http://myklik.rtm.gov.my/desktop/video/7023







Ada unsur pengajaran yang nyata kita boleh pelajari. Mana mungkin si buta dan si tempang boleh sampai ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara. Semua bermula dari kemahuan yang kuat, yang penting jangan menyerah dan jangan putus asa!






“Tinggi-tinggi gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu.
Biru-biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh hati saya rindu.”



No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates