Social Icons

.

Friday, April 03, 2015

'Coker Chat' April Fool

Kota Kinabalu: Google Malaysia menafikan menganjurkan pertandingan mencipta perisian komputer yang kononnya dimenangi seorang pelajar di Sandakan sehingga ditawarkan projek bernilai jutaan ringgit.

Ketua Jabatan Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff berkata, pihaknya tidak menganjurkan sebarang pertandingan seumpama itu dan percaya ia hanyalah gurauan pelajar berkenaan kepada cikgu sempena April Fool.

"Kita tidak mahu panjangkan cerita ini dan kami menjemput pelajar dan cikgu ini datang ke pejabat dan berikan hadiah April Fool," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Semalam, pelajar itu dalam satu sidang media di sekolahnya di bandar ini yang turut dihadiri pengetua serta beberapa guru, mendakwa perisian ciptaannya dinamakan 'Coker Chat' mendapat perhatian Google selepas menghantar ideanya pada Disember lalu menerusi iklan ditawar syarikat terbabit.

Pelajar itu mendakwa, dihubungi Google menerusi email yang memberitahu syarikat itu berminat dengan idea berkenaan sebelum wakil syarikat terbabit datang ke rumahnya pada awal tahun ini.

Pelajar itu turut mendakwa Google menawarkan tiga pilihan kepadanya sama ada membuka syarikat di bawah tajaan Google bagi membangunkan perisian itu dengan projek bernilai USD36 juta, bekerja di bawah Google dengan dana USD12 juta atau menjual ideanya kepada syarikat berkenaan.

---http://www.hmetro.com.my/node/41038






No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates