Social Icons

.

Friday, April 24, 2015

Pedagogi Filem: Hantu Bungkus Ikat Tepi

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik, Fuad (Tauke Jambu), Fadli (Yus Jambu) dan Fendi (Abam Bocey) yang berjiran dengan Mimie (Nora Danish) telah menjumpai mayat seorang lelaki dibunuh di sebuah jalan sunyi. Memandangkan Fendi telah mengambil pisau tersebut secara tidak sengaja, untuk menghilangkan bahan bukti mereka telah membungkus dan menanam mayat tersebut di sebuah tempat. Sejak dari itu mereka sering diganggu oleh mayat tersebut di rumah mereka dan seringkali ditinggalkan klu untuk menyelesaikan misteri hantu bungkus ikat tepi ini. Klu-klu tersebut telah menyebabkan Mimie secara tidak langsung terlibat dalam merungkai misteri tersebut.





Apakah sebenarnya misteri hantu bungkus ikat tepi ini? Apa kaitannya dengan Mimie? Dapatkah mereka merungkai misteri yang selama ini mengganggu kehidupan mereka? Siapakah pembunuh sebenar lelaki tersebut? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Hantu Bungkus Ikat Tepi!





Ha, dah tengok ke belum? Mesti ramai tak tengok sebab tipikal Me-layu tak gemar menonton filem Melayu. Layulah filem Melayu kalau tidak disokong oleh kita sendiri. Namun genre komedi masih menjadi kegemaran sesetengah penonton tegar a.k.a kaki wayang.
       Jawapan persoalan di atas.

    Gangguan daripada hantu bungkus itu pula hanyalah rekaan semata-mata oleh kru produksi rancangan ‘Takut Tak?’. Kelas kau F.B.I jadik hos rancangan part filem terakhir. Jadi tak ada pembunuh sebenar, sebab tak ada yang mati. Rupanya, semua idea itu didalangi oleh Mimie supaya mereka menjadi berani. Kelakar sebab skrip ala-ala maharaja lawak mega. Siapa tak kenal dengan lawak Tauke, Yus dan Abam. Part takut, taklah banyak. Unsur saspen sedikit sahaja, jadi kanak-kanak boleh tonton. Lagi baik diawasi oleh ibu bapa.

Okay, kita kasi brapa bintang ya? 3 bintang bleh?


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates