Social Icons

.

Sunday, November 22, 2015

Betulkah Mimpi Itu Kuasa?


     
Kata orang, mimpi itu mainan tidur semata. Kita tidak mampu memilih jalan cerita mimpi. Ada orang akan mengalami mimpi yang sama selama beberapa hari, bahkan mereka akan berfikir bahawa ada tafsiran atau tamsilan yang perlu mereka tahu mengenai mimpi itu.

Itu mimpi ketika mata tertutup. Itu mimpi ketika kita berada dalam minda bawah sedar. Kadang kala, kita akan bermimpi perkara baik manakala ada hari kita akan bermimpi buruk. Orang tua ada mengatakan sebelum tidur cuci dahulu kaki kemudian baca doa. Sebaiknya jangan terlalu beratkan pemikiran dengan perkara yang boleh memberatkan fikiran.

Jadi, apa sebenarnya Mimpi Adalah Kuasa?

ANGAN-ANGAN? Pernah dengar frasa ini? Samalah dengan MIMPI. Ia semacam matlamat, target, keinginan atau kemahuan tetapi belum mencapai satu titik realistik. Kemungkinan kita belum melakar atau merancang tindakan dan cara terbaik untuk mencapai sesuatu.

Contohnya, ‘Saya berangan-angan nak jadi penyanyi yang terkenal suatu hari nanti’. Jika kita tidak melatih vokal dan mula memasuki sebarang pertandingan nyanyian, mana mungkin bakat kita dilihat oleh syarikat nyanyian. Apa salahnya mulakan di peringkat sekolah. Dunia teknologi juga semakin canggih, guna semua sumber dengan sebaiknya. Suara anda boleh dirakam dan muat turun di YouTube dan sebagainya.

MIMPI SAYA?

Saya mahu mempunyai perniagaan sendiri. Sekarang pun sudah bermula sejak Januari 2015 tapi kecil-kecilan sahaja. bisnes secara atas talian termasuklah CMD, Suplemen & Beauty Product serta New/Preloved Books. One day will be, I dont’t care anything else.

Selain itu, saya mahu mempunyai novel sendiri. Saya sudah mulakan latihan menulis dengan beberapa cerpen dan puisi. Saya akan meneruskan minat ini sehingga bila-bila.

Teruslah bermimpi, jangan pernah berhenti. Mimpi itu kan kuasa!






No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates