Social Icons

.

Thursday, November 19, 2015

Misi Berat Badan Turun Yo!


Semasa saya berada di zaman universiti, berat saya hanyalah dalam lingkungan 48-50kg. Saya percaya faktor utama berat badan adalah kerana gaya hidup yang aktif lagipun berjalan kaki adalah rutin, cuma kadang-kadang akan naik bas jika menghala ke tempat tertentu.

Itu cerita 3-4 tahun yang lepas. Kini berat saya mencecah 59kg! Masih dalam zon selamat, itu pun kerana saya berjaya turunkan 1kg dalam masa seminggu. Nasib baiklah badan tak menggigil kalau tak telan nasi yang sememangnya makanan ruji rakyat Malaysia. Semasa saya menaip ini pun rakan serumah saya sedang makan nasi berlaukkan ikan tongkol yang dibubuh santan. Masak lemak barangkali. Dia juga ada goreng telur dadar yang mengangkat deria bau.

Aku cuma mampu hidu dari ruangan ini. Tadi saya makan sup tauhu sebiji dan sayur kubis bunga. TANPA garam! Hanya sedikit aji-shio, tapi lagi baik jika guna yang semulajadi, tanpa sebarang MSG.

TARGET PENGURANGAN BERAT BADAN:

59kg ->> 51kg pada 24 Disember 2015

Pengurangan agak ‘besar’ dan tidak disyorkan oleh pakar pemakanan, tapi saya nekad. Saya cuma perlu BERSABAR!

Antara makanan yang saya ‘tolak habis’ : Nasi, mi, makanan bergula, bergaram, santan  dan apa-apa sahaja yang manis. Sikit sahaja apa salahnya, sekadar cicip atau satu sudu.

Saya juga amalkan 3 kali sehari teh hijau yang dicampur CMD. Air kosong wajib diminum dari masa ke masa.

Joging pula senaman sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Saya sasarkan untuk joging 5-7km bergantung pada cuaca dan kemampuan.

KENAPA SAYA NAK TURUNKAN BERAT BADAN?

Setelah mencapai berat sasaran, saya akan cuba ‘toning muscle’ pula! Selain mengelak daripada penyakit yang bahaya, saya cuba untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Oh ya, tidur yang cukup juga penting.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates