Social Icons

.

Wednesday, November 25, 2015

Resepi Han Chi Peng


3 1/2 cawan tepung gandum
2 sb mentega dicairkan
4 sb gula kastor
1 packet yis 10g
1 cawan air suam 
1 biji telur
3 sb susu pekat
Cara2:

Inti:
1. 1 paket kecil rempah itik / 5 spice
2. 3 sb gula (jika nak Manis letak 4sb)
3. Sedikit garam
Campurkan dengan sedikit air. Jangan banyak sebab gula mudah cair. Pastikan inti berketul dan bukan cair.
Doh: 
1. Campurkan susu pekat dalam air suam gaul dan masukkan yis gaul lagi. Rehatkan yis sehingga kembang selama 3-5 minit.

2. Satukan tepung gandum, gula dan telur kemudian uli sehingga sebati.

3. Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi kemudian uli lagi sehingga sebati.

4. Setelah yis kembang tuangkan campuran yis ke dalam adunan kemudian uli sehingga doh betul2 sebati dan tidak melekat pada tangan jika doh melekat taburkan sikit tepung dan uli.

5. Rehatkan doh selama 45 minit dengan menutup permukaan bekas dengan kain basah atau plastik dengan rapat supaya doh kembang dengan cantik.

6. Setelah doh kembang, tekan doh untuk mengeluarkan angin.

7. Roll doh dengan rata dalam ketebalan 1cm dan basahkan permukaan doh dengan air untuk memudahkan inti melekat pada permukaan doh.

8. Kemudian tabur campuran rempah itik/ 5 spice tadi dan ratakan pada permukaan doh dan gelung doh sehingga habis. Hujung doh Mesti dicantum dan dikepit supaya tidak terbuka ketika digoreng. Potong doh tersebut menjadi bulat dan rehatkan selama 10 minit kemudian tekan permukaan doh dengan rata menggunakan tangan. Pastikan gelungan doh tidak terbuka.

9. Panaskan minyak yang banyak didalam kuali dan goreng dengan api perlahan sehingga sedikit kekuningan.

10. Hidangkan dan makan ketika masih panas memang sedap!

Sumber: Google Image

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates