Social Icons

.

Monday, November 09, 2015

Sushi King FOC

Saya jarang makan Sushi di Sushi King, selalunya beli yang di Aeon Jusco atau mana-mana sushi-maker. Lagipun, proses untuk buat sushi sendiri agak rumit dan leceh. Dipendekkan kisah, pada Jumaat lepas saya dan rakan sepejabat usha Sushi King yang terletak di SACC Mall, Shah Alam. Berbekalkan wang belanja yang diberi oleh Sakaki-kun, apa lagi makan sushilah kita!


Habis sahaja waktu kerja, kami bergerak ke tempat dituju. Mood sudah semestinya berbeza, hujung minggulah katakan. Agak lama juga menunggu tempat duduk yang boleh tempatkan lima orang. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga masa untuk pesan makanan.

Cek perut agak lapar jugalah. Pertama sekali kenalah order Meal set, pilihan hati Chicken piripiri with rice and soup. Set ini akan dapat air Green tea, boleh pilih yang sejuk atau panas. Tab yang disediakan di hujung meja memudahkan pesanan, makan pun ada privasi. Itu pun kalau nasib baik jika dapat pemisah.






Dah siap makan, boleh tambah sushi yang bergerak tu. Ambillah suka hati. Kegemaran saya mayo tuna dan Chuka lidako (Seasoned baby octopus). Harga mudah ditamsil mengikut warna pallet. Boleh juga pesan sushi dengan para pelayan. Anda kena pastikan resit betul ya! Semak semula, kalau tak anda juga yang rugi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates