Social Icons

.

Monday, February 15, 2016

Perkampungan Penulis 2016


     Perkampungan Penulis 2016 telah berlangsung pada 14 Februari 2016 di Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Satu kata, KAGUM! Ramai penulis fiksyen dan buku fiksyen telah hadir dan turut serta sepanjang hari tersebut.

Antara input penting yang saya dapat :

- Jika penerbit & pembaca berubah, penulis pun kena berubah - Penerbit ambil kira penulis yg ada Follower di Facebook, Twitter, IG, dan personaliti kalangan audien
- Realitinya royalti makin kurang, tapi sila positifkan diri, masih ada ruang
- Harapan penerbit pada penulis: Teruskan berkarya!
- Jangan fikir untuk jadi penulis bestseller, tapi cari sekecil-kecil kualiti yang kita ada untuk jual buku
- Dll

#PerkampunganPenulis2016 diadakan sempena International Book Giving Day! Apa-apa pun, saya sangat berpuas hati dengan kelancaran majlis dan input yang saya dapat. Harapan saya agar tahun hadapan perkongsian minda seperti ini diadakan sekali lagi!




Sumber: Facebook Sri Diah Shaharuddin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates