Social Icons

.

Thursday, March 24, 2016

Ada Mata Lihat, Ada Telinga Dengar, Ada Hati Sabar





Saya fikir hal ini sangat penting untuk ketenangan hidup. Selain berdoa dan melaksanakan tugas harian masing-masing, cubalah koreksi diri kita.

Apa itu koreksi diri?

Koreksi diri seperti suatu muhasabah diri. Sekali lagi saya tegaskan ianya sangat penting untuk menjalani rutin hidup. Selagi namanya manusia.

Contoh yang paling ketara adalah individu yang gemar viralkan suatu perkara (termasuklah mesej, gambar dan video) di media sosial atau sebarang aplikasi lain. Itu baru isu dunia tanpa sempadan yang sudah tidak boleh diboleh dibendung. Hendak luah mati bapak, hendak telan mati anak.

Saya kira ada satu hal lagi yang akan sesakkan jiwa dan raga. Penyakit berat mulut. Ah, manusia! Bila bercakap hal negatif, ringan pula mulut tapi bila bercakap hal negatif, laju kalahkan ERL. Tepuk kepala, tanyalah otak. Jangan tunggu darah naik ke otak, masa itu nanti akan sudah terlambat.

Pendekatan mudah, dalam perhubungan di mana sekalipun, janganlah keterlaluan. Ambil pendekatan 50-50 sahaja. Andaikan pekerja bawahan yang terlalu rapat dengan tukang bancuh kopi di pejabat (andaikan si A dan si B), akhirnya tidak bertegur kerana berat mulut. Bila masa si B berat mulut? Ah, mulut jugalah punca.

Setelah mulut si A itu menegur sikap keterlaluan yang disalahertikan oleh si B, akhirnya si B berat mulut untuk tegur seperti biasa. Katanya dia itu sudah tua, tidak boleh menerima teguran seperti itu. Sebenarnya tiada yang bersalah pun. Bukannya si A tidak bertanya, tapi dijawab dengan nada sentap oleh si B. Tak mengapa.

Zaman sekarang... 

Alahai, kenapa sentap dengan teguran begitu?

Entah apa nanti yang si B tadah tangan meminta dengan Tuhan kerana terlihat tangannya meraup muka. 

Si B masih sentap.

Si A hela nafas. Dia sedar akibat keterlaluan dengan individu yang sama taraf pun tiada gunanya. 

Si A kini tarik nafas pinjaman sambil bergumam, ‘Ya Allah, ampunilah dosaku dan orang-orang yang mengharapkan ucap maaf dari mulutku.'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates