Social Icons

.

Wednesday, March 23, 2016

Bagaimana Akhirnya Saya Tak Makan di Mamak



Restoran Mamak? Wow, 24 jam buka! Itu identitI mereka. Kerja kuat paling kurang 12 jam bhai. Betapa kuatnya tenaga yang dikerah oleh bos mereka untuk memastikan signature makan tetap beroperasi setiap masa.

TAPI, ada suatu ketika itu (beberapa tahun lepas), saya teringin makan ayam goreng Restoran Hakim yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Teringin punya pasal, saya pun hidupkan enjin Mapula dan pandu menuju ke sana. Taadaa, akhirnya sampai dan terus bungkus. Cadangnya hendak makan di rumah sahaja sambil menyaksikan drama Korea atau Jepun pilihan hati.

Saya balik ke rumah dengan hati yang girang. Makanan yang dibeli dimakan dengan penuh berselera. Licin baq hang! Fuh, kalau begini setiap hari, bilalah dapat mulakan misi makan sihat?

Tepuk dada, tanya selera.

Zaman beredar, masa juga semakin jauh meninggalkan kita.

Tahun 2016 akhirnya saya tidak lagi tapau di mamak. Semuanya kerana saya mahu turunkan berat badan (setakat ni turun 6kg). Selamat tinggal, mamak!



Sumber: Google Image

2 comments:

  1. awak ni buat gempak je..ingt kan mamak tu ada pape ke pe ke..rupanya berat dah naik hahahaha..sy pun dah stop makan kedai mamak. tapi kalau balik p16 putra kazen selalu ajak g lepak kedai mamak dkat p9 . bila masuk kedai tu memang tak boleh tahan nafsu confirm tibai roti cheese nan dia haha

    ReplyDelete

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates