Social Icons

.

Tuesday, March 01, 2016

Bagaimana Saya Lost 5kg?



Sebenarnya, saya bukan obses kurus. Saya pun macam orang lain, pantang nampak makanan! Tapi akhirnya bila umur mencecah 26 tahun, dan body fat percentage saya mencecah 44.5%, saya jadi panik. Usah tanya berapa berat badan saya pada Disember 2015.

TAPI tahun baru selalu menjanjikan idea baru sebab kita boleh pasak azam baru dengan perasaan berkobar-kobar. Hari ini, 1 MAC 2016 berat saya dah berkurang sebanyak 5kg. TANPA diet ketat, tanpa senaman terlalu berat, tanpa suplemen mahal dan tanpa keluarkan bajet untuk ke gimnasium. 

Ya, saya sememangnya ada mengamalkan #ConcentratedMineralDrops tapi dos dikurangkan untuk menjimatkan titisan. Cuma tambahkan 5 drops pada Boh atau OSK green tea, kadangkala diperah sedikit lemon. Lemon sebiji RM1.29 jadi pandai-pandailah bajet untuk 3-4 hari atau seminggu.



Pakar ada mengatakan, nak kurus 80% nutrisi 20% senaman.

Dalam masa 60 hari, saya tidak terlalu rigid dengan makanan, tapi saya elakkan karbohidrat melampau pada waktu pagi dan tengahari. Malam is a no-carbo. Saya belajar hal ehwal kalori, dan hafal kcal untuk makanan harian saya. Tak susah sebenarnya.

Blok masa mudah ANDA boleh guna tempoh mingguan. Cara saya begini:
1)  Slow/ fartlek jog - Isnin, Rabu, Khamis (6-7pm)
Long run/ cycling/ swimming - Sabtu, Ahad
Toning body/ workout etc/ skipping - Selasa, Jumaat (6-7pm)

2)  Breakfast - Big portion is okay. Boh atau OSK green tea/ Milo 3in1 half + Nestum/oat. For carbo usually 1 genggam sahaja
Snack 2 keping biskut
Lunch – Saya prefer nasi sedikit on the days I will jog later. Atau sayur yang banyak, tempe/tauhu. Kurangkan minyak, garam, gula, itu penting. Hari lain, no-nasi atau ganti dengan sekeping roti pun 65 kcal tau. Atau 2 biji telur rebus sahaja.
Snack – Epal hijau/betik/biskut
Dinner – Sayur hijau yang direbus bersama tauhu. Perasakan dengan sedikit bumbu. Tambah tomato kalau lapar. Biasanya saya makan sebelum 8pm.

Menjaga pemakanan ibarat pengorbanan kecil untuk kurangkan lemak. We eat to live, not live to eat.

Times Square, 2014

Tabiat lain saya untuk kurus, saya dah tak makan mihun atau maggi pada waktu malam. Dulu? Saya belasah aje. Dahsyat tak? Daging merah totally 1 out of 100, sekadar hilangkan rasa mengidam. Kalau daging liat, saya takdan telan. Fast food? JARANG. Berpadalah kalau order, mungkin seketul ayam sahaja. Burger pun pilih saiz mini. 

Makanan yang lazat kat luar sana? Roti John Cheese sekilo, nasi ayam penyet, Ayam goreng Bob, cendol durian, brownies paling sedap? Buddies, boleh makan tapi agak-agaklah. We are what we eat.
Berjalan kaki dengan laju sejauh 650m waktu pagi pun dah burn like 30 kcal.

Saya suka untuk cakap baru-baru ini, body fat percentage saya 33% sahaja. Misi diteruskan yo! Baju dan seluar dah kembali longgar. Lari pun rasa ringan. 

March, be good. Tunggu update pada 1 April 2016



No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates