Social Icons

.

Friday, March 04, 2016

Cara Semak Syarat Kelayakan Selangkah @ UiTM


Tahniah kepada adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2015. Bagi yang kurang cemerlang, jangan bersedih kerana anda masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi.


Salah satu platform adalah Selangkah @ UiTM. Sebelum mengisi permohonan atas talian UPU, anda boleh gunakan aplikasi http://www.selangkah.uitm.edu.my/  yang boleh cadangkan kursus yang layak untuk mohon UPU. Anda dinasihatkan untuk mohon kursus itu sahaja. Kalau anda apply juga, anda mungkin tak dapat.




Isi no. IC (Mykad), nama penuh, emel, nombor telefon dan kategori. Ada 2 kategori SPM 2015 dan STPM 2015.


Contoh sahaja.


Selepas isi maklumat tersebut, kena isi semua keputusan penuh. Isi keputusan yang betul ya. Nanti akan keluar senarai kursus yang boleh kita pilih. Tak tahu nak pilih yang mana? Berbincanglah dan minta pendapat daripada ahli keluarga, rakan yang lebih dewasa atau guru-guru di sekolah lama. Jangan lupa cetak senarai semak syarat kelayakan untuk memudahkan anda.

Contoh sahaja.
Kepada adik-adik, belajarlah selagi mampu dan jangan sia-siakan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Selamat mengisi permohonan UPU! Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara anda.

Ikhlas, Alumni UiTM (Akademi Pengajian Bahasa)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates