Social Icons

.

Wednesday, March 02, 2016

Cerpen Lambaian Sumandak PART 1

 Aramai tih!” ujar Apoy dengan perasaan yang teruja. Apoy yang pertama kali mahu menjejakkan kaki ke kampung yang terletak tidak jauh dari pekan Tamparuli menyanyi dan bersiul kecil. Sekejap dia menari, sekejap lagi dia mengangkat kedua-dua tangannya di tempat duduk hadapan kereta Exora yang dipandu oleh Brenda.

Perjalanan rakan sekuliah Seni Persembahan dari Universiti Malaysia Sabah ke kampung Logub mengambil masa lebih kurang 30 minit. Itu kata Michelle, anak jati Tamparuli. Namun, dia membesar di da lain. Salfarina dan Kristina yang duduk di belakang juga agak teruja apatah lagi tujuan mereka untuk melihat sendiri majlis perkahwinan kaum Dusun. Kata Michelle, majlis perkahwinan ibu saudaranya bermula pada pukul 12 tengahari.

“Ish, Apoy. Sudahlah, nda payah kau terkinja sangat kat depan tu! Habis rosak maskara kau nanti!” Salfarina berseloroh sambil menepek bedak kompak yang dikeluarkan dari beg tangannya. Belajar dalam kalangan orang Sabahan selama dua tahun, dia kini sudah biasa dengan loghat Sabahan.

“Kau kenapa nyah? Jeles? Ha ha ha! Suka hati I lah nak tergedik macam bayau kat Sepilok tu.” Apoy atau nama sebenarnya Aizul Fakhri menjawab.

“Tak kuasa aku, nyah!” Salfarina cebik bibir dan membelek telefon bimbit Iphone miliknya. Brenda yang sedang memandu cuma tersenyum. Bukan dia tak tahu rakan sekuliahnya memang akrab dan ‘gila-gila’. Adakalanya, dia bertanya dengan Michelle arah menuju ke kampungnya.

Setelah melewati Jambatan Tamparuli, kereta Exora itu terus melalui jalan yang agak curam.

“Tingginya bukit ni, Michelle! Jauh lagi ke kampung kau?” Apoy tidak henti-henti bercakap.

“Ala, nda lah jauh betul. Nanti kau dengar bunyi gong, di sanalah tu...” Michelle menjawab acuh tak acuh.

Tagung?” Apoy bingung.

“Ala, gong bah. Kan kita pernah nampak masa Festival Kebudayaan tu. Biasanya ada tujuh  saiz, cara nak pukul atau palu pula nda sama.” Michelle menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Lah, yeke? Ha ha!” Apoy ketawa lagi. Suka benar dia.

Sewaktu menghampiri Kampung Bungaliu, lagu Village Boy versi cha cha berkumandang di radio. Apoy ikut menyanyi lagu Anak Kampung itu dalam versi bahasa Melayu. Menurut Michelle, selepas kampung Bungaliu, mereka akan nampak papan tanda kampung Logub.

“Eh, kenapa line tiba-tiba putus?” Salfarina yang menelefon ibunya merungut.

            “Kat phone aku pun tak ada line. Michelle, sini line okay tak?” Apoy bertanya kepada Michelle.

            “Mungkin ada hantu limpas tadi. Ha ha ha!” Kristina ketawa.

            “Isy, kamu ni...” Brenda tenang.

            “Eh, aku macam nampak kepala sami Amitabha! Korang nampak tak?” Apoy tuding jari ke arah tersebut sambil buat gaya sami berdoa. Semua cuba melihat ke sebelah kiri kecuali Brenda yang sedang fokus memandu. Ketika yang lain sedang fokus mencari objek yang dituding oleh Apoy, Brenda pula nampak seorang gadis yang melambai ke arahnya tetapi kepalanya agak tunduk sedikit. Dia kecilkan mata dan cuba mengamati wajah perempuan itu.

            “Atukoi!” Brek kaki ditekan laju, menyebabkan tubuh mereka semua terdorong ke depan.

            “Brenda, okay?” Pertanyaan diutarakan apabila dilihatnya Brenda seolah terkejut.

            “Why, why, why?” Apoy yang memang kepoh juga bertanya.

            “Nothing. Sorry guys. Eh, Michelle jauh lagikah?” Brenda bertanya.

            “Hampir sampai rasanya. Dah lamalah nda datang sini. Cuba tengok kalau ada bunyi gong atau kereta berparkir banyak.”

            Sepanjang jalan, mereka melihat banyak rumah di tepi jalan dan penduduk kampung yang sedang berjalan. Peliknya, mereka semua seolah tunduk. Mereka juga tidak dapat melihat wajah mereka kecuali bahagian belakang badan mereka.

            “Eh, cuba buka tingkap sikit. Rasa macam dengar bunyi gonglah! Tapi macam sayup-sayup je...” Salfarina menduga.


            “Tapi kenapa bunyi lain macam, tu bukan bunyi yang biasa kita dengar...” Brenda mencelah. Brenda berasal dari Keningau dan berbangsa Murut. Antara mereka semua, dia yang paling tua.

Bersambung...

Nak baca cerita penuh?
Dapatkan Antologi Cerpen Lebuh Raya, juga memuatkan 19 cerpen penulis lain. WhatsApp 019-531-7018 sementara stok masih ada.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates