Social Icons

.

Monday, March 07, 2016

Fareez Juara Mentor Milenia 2016



Tahniah Fareez kerana telah menjuarai Mentor Milenia 2016! Tidak lupa juga tahniah untuk Qody dan Wanie yang menyandang tempat kedua dan ketiga.

Sumber: Facebook FMM

Ramai yang pertikaikan keputusan ini bahkan tidak menyangka tuah berpihak kepada anak pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Malah Hazama sebagai mentor beliau juga tidak meyakini kemampuan Fareez apabila ditanya soalan protege juara pilihan oleh pengacara Isey Titan dan Marsha Milan.

Sumber: Facebook FMM

Bagi saya, Fareez juga layak memegang title juara malam tadi. Memang nampak dia all-out dari segi persembahan. High-note vocal mungkin berpihak pada Qody tapi realitinya juga terletak pada undian SMS. Apa pun, sebagai peminat hiburan yang sederhana, saya ucapkan selamat berjuang buat mereka termasuklah protege yang tidak layak ke final iaitu Zetty, Mya, Ebba, Han dan Nurin.

Seperkara lagi, buat media Malaysia, janganlah merendahkan tahap profesional media dengan iklan penaja atau sponsor secara berlebihan. Benar, ia salah satu cara unggul untuk promosi pemasaran produk, tapi kami juga punya hak sebagai penonton. 

K, dah terjawab.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates