Social Icons

.

Wednesday, March 02, 2016

Gadis Bernama Marsya 1 [Raw]


Marsya menggosok mata. Terkulat-kulat bingkas bangun dari tidur yang lena. Jam loceng yang acapkali dihentikan untuk detik sepuluh minit lekas-lekas dihentikan untuk kesekian kalinya.
“Bonaventure!”
Hati kecilnya menjerit.
“Argh!”
Dia mendengus kecil. Separuh selimut yang melingkari tubuhnya dialihkan ke sisi katil. Pantas dicapai telefon bimbit model Samsung Galaxy Grand Duos. Dia meneliti mesej yang baru masuk. Kemudian jarinya mengalihkan mata ke ruang mesej lama.
Happy Birthday. Tk care.
Matanya terkebil-kebil. Dia terlihat seperti orang kebingungan. Dia menyikat-nyikat rambutnya yang panjang menggunakan jari jemari. Kalau dulu rambutnya sering diwarnakan dengan warna girang, kini rambutnya hitam sahaya.


“Riza, thanks sudi temankan aku cari bahan kat library ni. Kau memang best friend aku. Thanks sangat-sangat.”
Marsya menjinjit buku ilmiah yang diperolehinya lalu bergandingan ke sebuah meja yang agak jauh dari pelajar lain.
“Mar, I’m fine. Lagipun I’m not so busy lah lately. Kita kan selalu buat assignment sama-sama. Hm... “
“Riza, aku tahu banyak salah aku kat kau kan. Abaikan kau.”
Marsya sedikit tunduk. Matanya berkaca. Kakinya yang bersilang menampakkan kekesalan di raut wajahnya.
“Eh, eh Mar. Its okay Mar. Everything is back to normal right? Mar, just asking are you fine right now? I mean kau dah 100% recover ke?”
Marsya tunduk lagi. Dia menangis! Riza memberikan tisu yang diambil dari beg tangannya yang berwarna hijau. Beg yang ada opor kecil berwarna merah jambu muda.
“Marsya, stop crying please!”
Riza kaget. Dia bangun dari tempat duduknya, mengalihkan buku-buku yang diambil ke tepi meja dan bergerak ke arah sahabatnya.
Sorry Riza. Sebenarnya everynight, almost every night aku mimpikan baby tu. I... I don’t know. Maybe that should be my baby! Yelling mama, mama, mama! Tiap malam aku nangis bila terjaga. And the saddest part aku terpaksa lalui semua ni sendiri.”
Riza mendengar dan sedikit terkejut. Dia tidak menyangka trauma sahabatnya sekeras itu. Mesti dunianya gegak gempita. Siapalah jiwa tak berkecamuk jika pentadbiran universiti mahu menarik semula statusnya daripada seorang pelajar kepada bukan pelajar. Hancur berkecailah impian seorang bapa dan ibu yang mahu melihat anaknya memegang skrol ijazah sarjana muda. Mana si jantan itu yang sanggup merosakkan kesucian itu seawal semester satu pengajian?
“Marsya, jom balik. Bagi I ID card you.”
Riza merencana sedemikian maka Marsya menuruti. Marsya diam, barangkali hatinya yang lara tadi meletakkan dia dalam situasi kurang sedar. Jalan pun macam nampak tak nampak.
Riza menghidupkan enjin kereta Viva transmisi automatik yang diparkir di hadapan perpustakaan besar. Mujur ada kenderaan ehsan ibunya, jika tidak bas awamlah yang akan ditunggu. Nak menuju ke rumah sewa bukannya 1 atau 2 kilometer. Terik matahari jangan cakaplah. Malaysia bukan negara yang sejuk memanjang. Payung? Oh tidak!

Mereka tiba di hadapan deretan rumah teres. Di situlah mereka akan memulakan semester baru bersama. Mujurlah mereka tidak ikut menyewa dengan rakan perempuan sekelas yang lain. Inilah yang dikatakan privasi! Ceh, tinggal dalam kolej universiti bukankah lagi jimat. Sudah semestinya terpaksa kongsi bilik, kongsi bilik mandi, kongsi ampaian atau jemuran! Jemu sikit-sikit pinjam, alih-alih hilang.
Ah, persoalannya tidak semua pelajar akan mendapat bilik untuk berteduh. Asrama mahupun kolej sudah ditakdirkan hanya untuk pelajar semester satu. Kita tunjuk muka bungkam depan warden belum tentu rayuan diterima.
“Marsya, pergilah rehat dulu. Housemate lain pun tak balik lagi.”
“Thanks Riza. Nasib baik ada kuda putih kau kalau tak mesti kita berdua still tercongok dalam bas tu kan? Haha! Kita budak semester satu siap pakai nametag. Punyalah skema!”
Marsya tergelak kecil. Tapi Riza tahu ada selautan lagi duka yang tersimpan, ada segunung lagi lahar yang belum dimuntahkan. Tak apa, bagi can. Ada baiknya dia ketawa pura-pura. Itu lebih baik jika dibandingkan dengan menjadi seorang gadis perenung masa silam yang lampau. Taklah terlalu lama rasanya. Baru sahaja melangkaui dua ke tiga purnama.
Riza ralit membersihkan ruang tengah rumah. Sebenarnya rumah teres itu tidaklah terlalu besar, jumlah bilik tidur tiga, bilik mandi satu. Itupun tandas dalam bilik mandi, terpaksalah tunggu giliran kalau mahu melepaskan hajat. Alahai, tak apa rumah cuma dihuni oleh enam gadis termasuklah dua orang yang digelar kakak andartu. Ops! Gelaran secara diam-diam sahaja, jangan disebut kuat-kuat. Mahunya dihalau oleh ketua rumah. Sudahlah dia juga merangkap kakitangan universiti mereka. Maknanya jangan buat perkara bukan-bukan. Nasib baik status pelajar diterima oleh mereka.
Riza sudah hampir usai mengelap kipas ketika Marsya membancuh air Ribena di meja makan. Ruang tengah itu kini kelihatan lagi kemas. Agaknya penghuni rumah tersebut kerja dua puluh empat jam sehari sehingga masa terhad untuk mengindahkan rumah.
“Beb, dahlah kita minum dulu!”
“Ok jap Mar. Sikit lagi ni, lepas ni nak tengok sinetron kat TV3. Masa cuti semester tak pernah aku miss tau. Hehehe!”
“Hah? Biar betul? Riza watching Indon series. Ke kau dah fall in love dengan Mas Bima?”
“Hey, tolong sikit. Sinetron yang ni tak macam yang kita selalu tonton. Pengajaran yang kita dapat memang banyak. Lagipun unsur kekeluargaan memang diterapkan. Tak ada karakter mak tiri terhegeh-hegeh macam tak sedar diri.”
Riza menerangkan dengan panjang lebar.
“Mar, aku ingat weekend ni nak balik kampunglah. Wanna join?”
“Er... Not sure Za. Mostly no.”
Marsya sedikit gusar, entah apa yang difikirkan. Barangkali teringatkan si polan atau si polanah. Mungkinkah masa silam atau masa depan yang belum pasti. Ah, masa depan harus dicorakkan sendiri. Dua kaki kita inilah yang akan melangkah menuju ke hari depan. Berfalsafah sendiri teringat tayangan Kapal Kertas. Oh kapal kertas...

Azliza memarkir kereta Proton Saga FLX berwarna perak di hadapan rumah. Dia menjinjit dua plastik berisi barangan yang dibeli dari pasaraya Giant. Barang kering dan barang mentah dibawa masuk ke dalam rumah dan diletakkan di tikar getah.
“Hai, korang berdua selesa tak duduk bilik tu?”
“Okay kak. No worries. Alhamdulillah memang selesa,”
Riza menjawab. Apa-apa hal dia akan jadi orang yang tukas menjawab sebab peribadinya memang suka ambil tahu walaupun perkara kecil. Hatta sekecil-kecil bakteria yang diteropong melalui mikroskop ketika menghabiskan kursus matrikulasi.Tapi gosip artis, tak payah tanya. Patutlah  semester lepas boleh bolot Anugerah Dekan tanpa ada sebarang keraguan daripada sesiapa. Dia bukanlah orang yang berjaga malam sampai mahu korbankan masa tidur untuk membaca atau menyiapkan tugasan.
“Akak, Ribena kat dapur tu siapa yang punya? Saya ambil sikit tadi. Hehehe! Tak sempat beli barang makanan lagi kak.”
Marsya ucap senada. Terasa debaran di dada tatkala menuturkan pengakuan ikhlas tersebut. Ah, tak baik ambil makanan atau minuman hak milik orang lain tanpa kebenaran.
“Oh, Ribena tu. Tak apa dik. Nanti kan kita kutip RM10 setiap bulan untuk beli barangan dapur. Gas masak. Minyak masak, gula, garam, kicap, sos dan apa-apalah. Oh, pencuci pun ada juga.”

Tenang Azliza menuturkan. Kalau diselidik dari raut muka, sudah tentu orang mengandalkan dia seorang yang garang. Tapi ternyata dia baik. Kita tunggu dan lihat. Perbualan mereka berlanjutkan sehingga satu jam setengah. Riza meminta diri untuk pergi menyucikan diri. Demikian hari pertama pada semester kedua pengajian sepenuh masa mereka.

Sumber: Google Image

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates