Social Icons

.

Wednesday, March 02, 2016

Gadis Bernama Marsya 2


Awal pagi lagi Marsya sudah tercelik mata. Skrin telefon bimbit dibelek-belek. Missed calls berjuta kali daripada lelaki buaya darat! Nasib baik sudah ditukar ke mod senyap. Dia takut akan mengganggu sahabatnya di bawah. Maklumlah katil bertingkat.
“Kenapa dia tak habis-habis dengan private number ni? Pagi, petang, siang, malam bilalah nak berhenti.”
Marsya menggumam dalam hati. Teddy bear berwarna coklat dipeluk erat, mujur saiz beruang itu tidak terlalu besar. Cukup dan muat untuk ditempatkan di sebelahnya. Marsya senyum lagi, lantas menghembus nafas. Perlahan tapi berat dan sarat. Telefon bimbit dibeleknya lagi.
I missed you Mar. How’s your new semester?
-Bonaventure
Babe, please answer. You sambung study kan? I nak jumpa you.
-Tuah
Ada kesayuan dari sinar mata Marsya. Matanya berkaca. Kaca-kaca kesal yang menghantui hidupnya, dan mungkin berlanjutan sehingga suatu saat yang tidak pernah diketahui.
“Sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang untuk belajar. Walaupun aku sudah berdosa. Ya Tuhan ampunilah dosaku.”
Marsya menangis semahu-mahunya, dia menahan dirinya daripada mengeluarkan tangisan yang akan mengejutkan Riza. Dirabanya perut yang mungkin kini sudah menumbuh benih hasil hubungan terlarang bersama Tuah. Dia tahu dia lalai, dia alpa oleh mulut manis lelaki itu dan juga dirinya sendiri. Apalah erti keinsafan. Kalaulah dia insaf tiga bulan yang lalu.
Tiga bulan yang lalu...
“Marsya, Happy Birthday! Nah hadiah untuk my pretty lady!”
Tuah membukakan pintu kiri Satria Neo miliknya yang berwarna hitam.dia memarkir kereta itu betul-betul di pintu masuk kolej kediaman. Ketika itu juga dia Riza, rakan sekelas Marsya berjalan ke arah pintu tersebut.
“Hai, classmate Marsya!”
Tuah menyapa Riza. Riza pantas menoleh.
“Err.. Assalamualaikum. Hmm..”
“Riza!”
“Eh, Mar nak pergi mana? Bukan petang ni kita ada kelas BEL? Escape ke?”
Marsya terkekeh kecil.
Yes, I guess yes Riza. By the way, I tak balik tau hujung minggu ni. On vacation. Apa-apa nanti mesej tau.”
Tuah diam tersipu dari tadi. Dia sudah beredar ke sebelah, menuju ke bahagian pintu kanan.
“Well then, take care. Eh, hard disk kau tempat Anuri. Katanya nak copy cerita Korea.”
“Its okay Riza. Bye!”
Kereta bernombor pendaftaran WBF 1899 bergerak perlahan meninggalkan lorong dua hala tempatnya berdiri.
“Hmm... I used to met that guy. Or kebetulan. Tapi laki tu don’t seem good. Marsya! You’re in danger!”
Riza resah, sepanjang perjalanannya ke bilik dia cuba memecahkan kotak ingatannya. Ah, akhirnya dia putus asa. Waktu berbaki sebanyak dua jam untuk makan tengahari dan sembahyang. Nota LV dikeluarkan dari beg tangan Mulberry pemberian kakak angkat bernama Saira.


Memeriksa negatif filem yang telah jauh kita tinggalkan
Umpama memalit semula daki ke tubuh dan badan
Biar digosok, disental, diberus bahkan dilarik kulit
Sehingga menampakkan isi, yakni daging kotor
Oh Tuhan semuanya di balik fotografimu
Dosaku tetap terlihat tiada yang dapat ditutupi
Mana mungkin aku berani ingkar lagi...

Riza tertidur.
Sementelah  itu, Marsya pula sudah meninggalkan kawasan pengajiannya itu. Ikut bersama Tuah, konon mahu pergi ke sebuah pulau. Entah pulau manalah yang Tuah janjikan untuk Marsya. Yang pasti perjalanan itu sangat jauh.
Marsya, gadis berasal dari sebuah daerah pedalaman negeri Sabah. Cantik. Rambutnya diusai oleh salun terkenal, ditanggung sepenuhnya oleh lelaki bernama Tuah. Ketinggiannya cukup untuk bergelar seorang model. Susunan gigi layak untuk menjadi seorang pramugari. Yang pasti Marsya antara pelajar yang akan dilirik oleh mahasiswa nakal. Dia bukanlah berasal daripada keluarga berada, bila minta sesuatu daripada ibu bapa pasti akan mendapat. Namun demikian, Marsya juga bukan jenis meminta-minta.
Perlukah disekolahkan semula mahasiswa yang tersalah niat untuk datang ke institusi pengajian berkenaan?
“Mar, tadi tak sempat suruh you buka hadiah. Ada kat tempat duduk belakang. Bukalah.”
Tuah menuding jari ke arah bungkusan berwarna putih perak.
Really? Ada apa inside? Macaron colourful?”
Marsya kegirangan.
“Oh, come on! Takkan lah I bagi macaron. Encik Tuah ni boleh beri apa saja lah pada awak! Si cantik manis, hot dan gebu!”
Pipi Marsya merona merah. Dia membuka bungkusan itu.
“Kotak...”
“Bukalah dalam kotak sayang.”
Tuah semakin ralit memancing.
Handphone touch screen...”
Marsya menuturkannya perlahan.
“Yela sayang oi, takkanlah sampai tua nak guna Sony Ericson flip flap tu.”
“Untuk saya ke ni?”
Marsya mahukan kepastian. Manalah tahu si Tuah menang telefon bimbit masa cabutan bertuah. Budak bertuah betullah mereka ni kan.
Yes dear.”
Tuah mengucup lembut jari-jemari Marsya. Marsya pula merenung papan tanda R&R di hadapannya.
“Hmm.. Lama betul ke I tertidur tadi?”
Marsya buat-buat menutup mulutnya, konon menguap lagi. Dia kaget jika lelaki itu berbuat yang bukan-bukan lagi.
“Bonaventure.. I’m truly sorry...”
Bayangan wajah polos teman lelakinya yang berada di negeri bawah bayu samar-samar pergi. Lalu menjentik perasaannya yang kini sarat dengan rasa bersalah. Hatinya luluh.

Riza meneliti gambar yang tersimpan dalam kapasiti storaj milik Marsya. Ada gambar si lelaki yang menyapanya tengahari tadi. Dia melihat satu demi satu. Habis imej demikian dibesarkan untuk melihat wajah sebenar lelaki itu. Wajah ketika jambang dan misai tidak tumbuh pun ada. Nasib baiklah imejnya tidak seiras Wak Doyok. Bapak Jambang Tebal Malaysia.
“Lekik. Eh, bukan. Lekir. Yes! Lekir!”
Riza Nazira geleng kepala. Dicarinya telefon bimbit bercasingkan Hello Kitty lalu nombor Marsya didail.
“Hello Mar. Kau kat mana?”
Somewhere kat pulau la Riza. Kenapa?”
Hiruk-pikuk dan hingar-bingar yang Riza dengar menguatkan telahan hati bahawa kemungkinan Marsya dibawa ke kelab malam. Mungkin ada pesta yang menyesatkan atau lebih teruk lagi lelaki-lelaki sana memulakan operasi memuaskan keinginan masing-masing.
“Marsya, ada hal aku nak bagitau. Tapi I think its not the best time. Boleh tak kau promise kat aku  yang kau akan jaga diri? I mean jangan buat perkara yang memalukan yourself okay? Faham tak Mar?”
Riza sudah buntu. Dia tahu Marsya sudah meneguk minuman beralkohol. Panggilan kasar, arak. Ah, lelaki tak guna! Sanggup pergunakan perempuan yang tak tahu apa-apa.
“Akak...”
Riza merintih. Siapa yang mendengar doanya itu?
Jika Marsya jawab panggilan acuh tak acuh. Sah-sahlah itu penangan air durjana itu! Tidak pun, dia diberi pil pengkhayal. Aduh Mar, kau gadis dari sebuah tempat baik. Kenapa kau dipertemukan lelaki itu. Tunggulah jika perlu aku sanggup berkorban. Untuk Ruhil. Kak Ruhil...
Di hujung talian, dia sempat mendengar,
Thanks guys, tolong bawak cikaro ni kat bilik 308. Ambil kunci ni.”
Dua lelaki yang kemungkinan penjaga kelab itu menuruti. Salah seorang daripada mereka sempat mengelus pipi Mar. Mereka membawa Marsya ke bilik yang dimaksudkan.
“Bob, nak try tak?”
“Eh gila kau! Nanti bos tahu barang kita dibuang ke laut. Jom balik. Mesti bos on the way.”
Bob dan Surani menutup pintu bilik itu, dalam perjalanan kembali ke kelab mereka terserempak dengan bos. Tuah, lelaki yang sudah menyeret Marsya ke lembah terasing itulah bos mereka! Tuah mengangkat kepala, seolah menanyakan mana perempuan yang mereka bawa tadi. Bob menunjukkan isyarat bagus menggunakan tangan kanannya. Dia senyum lantas menampakkan giginya walaupun keadaan di situ agak gelap.
Tuah bangun daripada sofa yang didudukinya sejak tadi. Dia menghisap rokok sedalam-dalam yang mungkin, dan mencucuhkan rokok itu ke bekas abu yang terletak dia atas meja kaca. Dia memberikan beberapa not wang kertas kepada Bob. Kemudian, dibahagikannya dan diberikannya pula separuh jumlah wang tersebut kepada Surani. Surani mengangkat tangan sambil memandang Tuah.

Tuah angkat semula tangan kemudian meninggalkan ruangan itu.

Sumber: Google Image

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates