Social Icons

.

Tuesday, March 15, 2016

Iklan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2016


Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus berikut:


(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1.
Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

Kejuruteraan
Kesihatan dan Perusahaan Ternak

Seni Bina (Architecture)
Pertanian

Perakaunan
Sains Tulin

Juru Ukur
Teknologi Maklumat



2.
Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

Perubatan
Pengajian Islam

Pergigian
Matematik

Perubatan Veterinar
Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)

Farmasi
TESL

Kejuruteraan
Psikologi

Ukur Bahan
Sains Komputer

Seni Bina (Architecture)
Ekonomi

Sains dan Teknologi Makanan
Perakaunan

Sains Bioteknologi
Pentadbiran Perniagaan

Akuakultur
Pelancongan dan Hospitaliti

Sains Biologi Marin
Undang-Undang

Sains Alam Sekitar
Pengurusan Ladang

Perikanan
Pertanian

Perhutanan
Muzik

Komunikasi
Pendidikan

Pengangkutan dan Logistik
Teknologi Maklumat




(B) KELAYAKAN MEMOHON
1.
Had Umur

Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.

Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.



2.
Kelayakan Akademik

Kursus Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.



Kursus Sarjana Muda

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.5.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.

Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5

Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5



Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)dalam negeri sahaja.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.



(C) CARA MEMOHON

Permohonan dibuat melalui on-line dengan melayari Web : www.biasiswa.sabah.gov.my mulai   10  Mac 2016. Pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.

Sistem permohonan online BKNS.

(D) PERHATIAN

Bagi pelajar Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon bolehlah menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) dan mengemaskini semula permohonan apabila keputusan peperiksaan semester terakhir diperolehi dan kemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan segera.

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.

Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.

Tarikh tutup permohonan ialah  11 April 2016. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates