Social Icons

.

Friday, March 18, 2016

Kalau Waktunya Sudah Tiba



Anda kenal siapa individu yang bernama Datuk Adnan Abu Hassan? Beliau baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mac 2016, pada pukul 2.17 pagi akibat serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang. Beliau yang juga bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan sebenarnya dimasukkan ke ICU, Hospital Selayang.

Beliau akan disemadikan di Kajang. Sejujurnya kondisi kesihatan beliau sememangnya tidak baik. Saya masih ingat beliau antara komposer popular zaman 1990-an. Lagu-lagu seperti Jerat Percintaan dan Bunga-bunga Cinta menjadi hits di corong radio.

Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga beliau. Doakan yang baik-baik untuk roh beliau.

Sumber: Google Image

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates