Social Icons

.

Wednesday, March 09, 2016

Masalah, Masalah, Masalah? Ca, Ca, Caaa!



MASALAH. Semua orang dalam dunia menghadapi masalah, biar berkait material, kewangan yang dipasak cabaran ekonomi gawat, politik sabun dan politikus menikus bila dituduh sekongkol sana sini, soal masa hadapan, kemalangan yang tidak dipinta, kematian secara tiba-tiba, peluang kerja tidak semanis janji semasa baru daftar ke menara gading (kononnya), PTPTN sampai ke hujung usia tidak habus dibayar, BR1M tak dapat, harga minyak turun tapi harga barang naik, GST,  soalan seremehnya seperti mahu makan di mana?

HATI. Ah, sukarnya bernafas dalam keadaan begini! Jadi apa penyelesaian bila terlalu banyak yang tersimpan dalam benak? Jangan biarkan terlalu lama. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah. Kalau perap dalam otak, itu barulah masalah. Kalau kasih pada diri  sendiri, bertanyalah pada orang yang ada-ada. Maksudnya, orang yang berilmu dan bukannya orang yang kaya-kaya. Kalau orang kaya dan lagi bergaya itu ada-ada, tak apa.

ILMU. Tanyalah berdepan kalau boleh, kalau tidak melalui telefon, sms, emel atau teknologi lain. Sekarang kan sudah terhidang depan mata. Tinggal pilih saluran apa. Kemudian baru cari info melalui internet, Google kan sahaja tapi pastikan dari sumber sahih. Sumber media cetak lain seperti surat khabar dan majalah. Jangan tangguh untuk segera ikut intuisi anda. Sesungguhnya, gagal mengurus masa itu tanda kerugian.

ALTERNATIF. Sudah lakukan semua yang tercatat di atas tapi masih buntu? Mungkin anda butuh waktu untuk buat perkara lain. Contohnya berdoa, bercerita sefokusnya dengan insan yang anda percayai atau tulis dalam diari. Jadilah kreatif, wahai siapa pun anda. Tutup mata, pejam mata dan bayangkan yang baik-baik sahaja. Kemudian pergi beriadah, berkelah bersama keluarga, melancong dengan bajet minima, mewarna atau sekadar jalan-jalan cuci mata.  


 
CN Blue-I Will Forget You


4 comments:

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates