Social Icons

.

Monday, March 07, 2016

Neko Atsume: Games Untuk Cat Lover dan Anti Stress?



Siapa suka kucing? Bagi cat lover, kini anda boleh download Neko Atsume di Play Store. Game dari Jepun ini dicipta oleh Hit-Point dan memang popular kat sana.


Kosong lagi.

Neko Atsume: Kitty Collector is hard to define. It’s not really a game. It’s a quiet moment of reflection on the meaning of companionship, a meditation on time, a monomaniac’s nightmare. It’s anything you want it to be, and I have given it my heart and much of my daily life. (Copied: Google)


Roomate main NA, terpengaruh la tu.

 
Sumber: Google Image. Kalau banyak Gold fish, boleh besarkan Yard.

Prinsip permainan sangat mudah, ala macam Pou tapi yang ini kita tak nampak kucing tengah makan atau keluar masuk. Pertama, tinggalkan semangkuk makanan dan alat mainan yang kita boleh dapatkan dari Shop. Kemudian tutup aplikasi dan tunggu. Bila buka semula aplikasi, boleh nampak meow dah singgah Yard kita.


Kadang kala, kita akan nampak kucing dalam versi animasi, bergolek-golek, main-main dengan bola atau ala-ala tengah cakar mainan. Kucing pula kadang seekor sahaja, ada masanya penuh juga laman. Jangan lupa guna aplikasi Camera, buat simpanan gambar kucing yang pernah lawat. Bahagian Goodies pula ada boleh lihat semula makanan atau mainan yang kita dah beli. 
 



Scroll lagi.

Meow dah guling - guling haih.

Macam mana nak dapat Silver fish dan Gold fish? Melalui Gifts yang kita akan dapat sikit demi sikit. Senang cerita, kita boleh Accept All. Dekat Shop, kita boleh Buy Gold fish tapi dah kena link dengan akaun bank... boleh pilih serendah RM3.50 (50 Goldfish) sehingga RM11.97(300 Goldfish). Kalau nak exchange sahaja pun boleh, pergi dekat Shop dan cari Gold Fish Exhange tapi tak berbaloi kot 500 Silver Fish dapat 10 Gold Fish.

Oh ya, pada menu Cats, jangan lupa godek-godek Catbook, boleh tahu personaliti kucing. Paling menarik dengan Album, kita boleh lihat semula gambar kucing setiap satu. Semuanya dah automatik masuk ke album mengikut nama masing-masing. Ada Smokey, Spots, Shadow, Sunny, Pumpkin, Callie, Tabitha, Marshmallow dan lain-lain.





Pesanan ikhlas saya, kalau nampak kucing jalanan kat luar kelaparan, bagilah makanan seadanya. Kalau kucing bandar yang gemarkan kibbles berjenama semata, tak dapat nak tolonglah kan. Jangan dera kucing... kucing perlukan belaian tau!





No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates