Social Icons

.

Wednesday, March 02, 2016

Tundukkan Playboy Itu? [VIRAL]


Okay, apa yang menarik sangat dengan drama bersiri ini?

Atau sebenarnya hanya klise semata. Sama seperti hidangan makan malam membosankan atau rutin balik kerja dengan lebuh raya yang jammed tak henti-henti?

Saya follow cerita ini bukan sebab suka benar. Sengaja sorot pandangan mata ke arah kaca TV tapi meneruskan misi yoga. Kadang-kadang tutup terus. Jangan beratkan fikiran dengan iklan produk serangkai itu. Atau saya sediakan menu ringkas, salad/sawi + tauhu + ceri tomato.

Karya Anjell bagi saya menarik apabila diolah ke layar visual. Barisan pelakon seperti Uqasha Senrose (Nurin), Alif Satar (Farhan) dan Hafidz Roshdi (Harraz Naufal).

Sumber: Google Image

AAlkisah, Nurin ditawarkan bekerja di syarikat milik Harraz Naufal, yakni CEO syarikat tersebut. Itu pun bila disuruh oleh bapanya sendiri. Sepupunya, Farhan pula sudah jatuh suka dengan Nurin. Uniknya pula, Neshrin Lee pengusaha butik dan pereka fesyen telah mengadakan satu pertunjukan fesyen muslimah. Disebabkan Neshrin Lee, merangkap rakannya kekurangan model, Nurin terpaksa-rela ganti dengan syarat mengenakan niqab. Harraz Naufal pula sudah tertawan dengan renungan mata model itu sehingga mengupah penyiasat persendirian.

Sumber: Google Image
 Itulah sinopsis setakat ini. Kalau dah baca novel, nanti mak kepada Harraz akan suruh Nurin tundukkan Harraz Naufal. Alahai, si playboy itulah!

Apa kisah Farhan yang mahu memiliki hati Nurin?

Nurin terima tak permintaan mak Harraz Naufal?

Tertundukkah si playboy itu?

Tontonlah TV3 setiap Isnin-Khamis, 6:58 petang.

Sumber: Google Image

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates