Social Icons

.

Friday, March 11, 2016

Yeah, Dah Renew Lesen Memandu P ke Full!




Alkisah, lesen memandu saya akan tamat hari ini 11 Mac 2016. Namun, urusan tukar-baru saya sudah selesaikan kelmarin. Semangat tak? Terpaksalah saya ambil cuti sepanjang hari kerana ada urusan lain yang hanya boleh dilakukan pada hari bekerja sahaja.

Saya pilih JPJ, Padang Jawa, Shah Alam kerana waze menunjukkan jarak yang sangat dekat. Almaklumlah, waktu pagi kan jammed. Syukur, parkir belum penuh. Sampai sahaja, saya terus melangkah ke Pintu 6, di sana tempat segala hal-ehwal pelesenan. Jangan lupa ambil nombor giliran cepat-cepat ya!

Agak banyak juga nombor yang perlu ditunggu, tapi kaunter agak banyak dan urusan masing-masing tidaklah terlalu lama.

Bila nombor saya dipanggil, saya pun hulur lesen P dan IC (Mykad) saya. Kerani kaunter akan tanya nak baharui untuk berapa tahun. Saya pilih dua tahun. Jadi saya perlu bayar RM75. Sebenarnya cuma RM30 setahun... tapi tempoh tamat akan jatuh pada tarikh lahir seterusnya. Jadi, baki sebanyak RM15 untuk cukupkan enam bulan itulah agaknya.

Urusan  terakhir, hantar resit dan Mykad di kotak Kaunter 11. Tunggu sehingga nama dipanggil. Tak lama pun... akhirnya, tadaa! Dengan rasminya dapat lesen memandu Full.

Kepada para pemandu di luar sana, jangan lupa beri signal sebelum menukar laluan. Jalan raya bukan tempat berlumba!

Nota: Tukar lesen memandu P ke Full 
tak boleh buat di pejabat pos.

Sumber: Google Image




No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates