Social Icons

.

Friday, April 15, 2016

Descendants of The Sun (LAST EPISODE)


Akhirnya Descendant of The Sun dah tamat. Ia drama Korea yang sangat bagus untuk ditonton terutama jika kerjaya anda doktor atau askar. Pastikan karakter anda seorang yang mahu mendambakan apa itu sebuah perhubungan. Ah, guraulah!

All photos extracted from the video posted on Dramacool

Jadi, kali ini saya ingin diskusikan episod terakhir (Episod 16) untuk kenang-kenangan pada masa akan datang. Pada episod yang lepas, Captain Yoo Si Jin (aka Big Boss) dan Sergeant Major Seo Dae Young (aka Wolf) telah dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani rutin Special Forces. Sedihnya tengok Dr. Kang Mo Yeon dan Liutenant Yoon Myeong Joo sebab orang tersayang mereka pergi secara tiba-tiba.

Maka, selepas setahun Dr. Kang Mo Yeon telah pergi ke untuk memberikan penghormatan. Namun setelah mengunjungi pusara Captain Yoo Si Jin, tanpa semena-mena muncullah aktor comel itu dengan keadaan yang agak kurang baik. Ada calar di bahagian muka dan tangan. Dr. Kang Mo Yeon tidak percaya! Akhirnya, dia peluk Captain Yoo Si Jin dengan sungguh-sungguh. Bahagian ini memang saya sangat mengharukan. Bayangkanlah!





Liutenant Yoon Myeong Joo pula yang berada di Urk, juga mengalami peristiwa mengujakan. Sudahlah salji yang turun jarang kali, bahkan hanya setiap 100 tahun. Dia pandang salji dengan mata redup lalu sorot mata pada sosok Sergeant Major Seo Dae Young yang tangannya berbalut di sebelah kanan. Bibir temu bibir, mereka jua berkucupan di antara kejatuhan salji.



Lance Corporal Kim Gi Beom kini sudah bergelar Sarjan Platun, dia turut terkejut dengan kemunculan Sergeant Major Seo Dae Young di Urk. Dia sebak.


Jadi, di mana Sergeant Major Seo Dae Young dan Captain Yoo Si Jin selama setahun? Selepas meninggalkan kawasan musuh, Sergeant Major Seo Dae Young pergi ke Urk manakala Captain Yoo Si Jin pergi ke Albania. Khabar yang diketahui oleh orang awam Korea, mereka telah terkorban semasa pengeboman dan mayat mereka tidak dapat langsung tidak dapat dicam. Sebenarnya, mereka telah dibawa oleh militia sebelum pengeboman berlaku. Mereka ditahan di lokap yang tidak diketahui selama 150-155 hari sehinggalah diselamatkan oleh lelaki yang mereka pernah bantu dahulu.



Lucunya, Dr. Kang Mo Yeon sebenarnya sudah siapkan makanan untuk roh termasuklah arak, kononnya death anniversary Captain Yoo Si Jin. Alih-alih Dr. Kang Mo Yeon suruh teman lelakinya makan makanan tersebut (ada buah-buahan,dll). Rakan doktor dan jururawat di Korea pula buat panggilan video kepada Dr. Kang Mo Yeon. Alih- alih mereka fikir roh Captain Yoo Si Jin yang sedang makan makanan khas untuk pemujaan. Kononnya, Dr. Kang Mo Yeon Siap suruh Dr. Kang Mo Yeon untuk ucap bahawa dia sangat cintakan Captain Yoo Si Jin agar rohnya boleh pergi dengan tenang. Dr. Song Sang Hyun pula pengsan terkejut!




Captain Yoo Si Jin dan Dr. Kang Mo Yeon pergi memancing dan habiskan masa bersama.


Red Velvet pula datang untuk buat persembahan dan tontonan para askar. Ralit pula S menari. Teman wanita mereka apa lagi, mestilah ada bibit cemburu.



Captain Yoo Si Jin dinaikkan pangkat jadi Squadron Leader. “Your best and my glance.”


Akhirnya, Liutenant General Yoon izinkan hubungan Sergeant Major Seo Dae Young dan anaknya, Liutenant Yoon Myeong Joo.



Dr. Lee Chi Hoon yang pernah beri kasut pada seorang budak di Urk kini menonton video yang dikirimkan oleh Liutenant Yoon Myeong Joo.


Nurse Ha pula terjumpakan gambarnya pada setiap dekad yang dikelaskan mengikut folder. Dr. Song Sang Hyun sememangnya sukakan dia. Nurse Ha terkejut.


Captain Yoo Si Jin dan Dr. Kang Mo Yeon pula telah kembali ke Urk untuk mengimbau kisah mereka dahulu. Mungkin juga untuk kembalikan batu putih yang diambil di tapak kapal yang terdampar di situ.




Kesimpulannya, saya bagi 5 bintang untuk pembikin drama ini. Cukup mengesankan pembawaan tema cinta, hubungan jarak jauh, kasih sayang, persahabatan, kerjaya, semangat sukarela dan cintakan negara sendiri. Cukuplah ada happy ending, selagi hero cerita tidak mati. Alahai, masih tidak mahu move on selepas menonton drama DOTS ini?  Selepas move on dan berkira-kira mahu travel ke Urk, jangan lupa bawa saya. Manalah tahu ada rezeki bikin Travelog di Urk (Diinspirasikan oleh Descendants of The Sun).

Sekian.

All photos extracted from the video posted on Dramacool


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates