Social Icons

.

Wednesday, April 20, 2016

Development of Malaysian Theater by Prof Dr Kathy Foley


Kelmarin, telah berlangsung satu syarahan kebudayaan di Bangunan Satelit, UNISEL Shah Alam. Tajuk Development of Malaysian Theater – An Outsider’s View telah disampaikan oleh Prof Dr Kathy Foley. Beliau bergiat dari Universiti California sememangnya pakar dalam bidang teater Asia Tenggara. Beliau juga editor Asian Theater Journal dan menulis bab teater Asia Tenggara dalam buku Cambridge Guide to World Theatre.


Bagi saya, kehadiran kurang memberangsangkan. Adakah kurang diwar-warkan atau sememangnya masa tidak mengizinkan? Abaikan. Namun saya gembira berada dalam kalangan peminat seni khasnya teater. Prof Dr Kathy Foley sendiri sangat mengujakan saya kerana mampu bertutur dalam bahasa Melayu walaupun pengaruh Indonesianya lagi kuat.

Kajiannya meliputi semua jenis teater itu sendiri termasuklah wayang kulit, Wak Dogo, Reyog, Kuda Kepang, Barongan. Ah, gambar yang ditayangkan di skrin slaid juga menjentik jiwa seni dalam hati saya. Teater bukan sekecil-sekecil daya usaha. Ia menjangkaui pembikinan secara keseluruhan. Beliau bangga Teater Atas Pokok (arahan Dinsman) telah berjaya di laksanakan. Tunggulah nanti ulasan (tulisan) beliau dalam Asian Theater Journal.


Harapan saya agar lebih banyak usaha memperkasa seni di Malaysia terutamanya Shah Alam. Saya bukanlah asalnya dari sini, tetapi di sinilah saya belajar untuk mengenal individu seni. Buktinya Shah Alam diangkat jadi kota seni?

Mahu baca lagi banyak mengenai Prof Dr Kathy Foley?




No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates