Social Icons

.

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016


“Guru bukan dewa dan selalu benar dan murid bukan kerbau.”

Eh, mengapa saya tanpa segan-silu mengkritik ‘mereka’ yang kita gelar sebagai pendidik, yakni lilin yang menerangi hidup kita sejak kecil. Pengalaman mengajar saya supaya tidak terlalu percaya sepenuhnya pada individu profesional, biarpun mereka 'terdidik'.

Ah, tepuk dada tanya hati. Saya cuma berkata perkara yang sudah kita tahu. Guru itu terlalu biasa, asalkan kerjanya menyampaikan ilmu kepada orang lain yang digelar pelajar atau murid, maka mereka sudah selayaknya diangkat sebagai orang termulia. Bukankah tugas mendidik itu mulia di sisi masyarakat?


    Saya tidak mahu ulas panjang sehingga menjadi nukilan tidak berasas. Anda mungkin akan mengecam saya. Ah, pedulikan kuasa viral. Apapun, kepada para guru yang masih gigih menumpahkan seluruh ilmu di dada, bekerjalah seikhlasnya. Jangan ada unsur pilih kasih. Tidak semua insan bertuah seperti anda.

Bukan guru, tapi suka berkongsi ilmu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates