Social Icons

.

Wednesday, June 29, 2016

5 Jenis Pemandu Versi Himpunan Cerita Lawak


    Saya ada terbaca satu artikel mengenai jenis pemandu yang dimuatkan dalam Himpunan Cerita Lawak menurut pengalaman masing-masing di jalan raya. ‘Pemandu’ bukan setakat pemandu Honda City, Proton Wira atau Perodua Myvi, tapi termasuklah lori dan treler panjang yang membawa muatan bertan-tan serta kenderaan pacuan empat roda.

Jenis 1 : Pemandu Kedekut Cahaya
     Golongan ini secara terang-terangan tidak mahu berahsia kerana mereka tidak mahu memberitahu pemandu di sekeliling arah tuju mereka. Alahai, kedekutnya! Janganlah kedekut dengan tenaga yang sedikit cuma untuk  pulas batang ajaib. Anda sudah melakukan perkara baik dalam hidup jika berbuat demikian. Yakinilah kuasa batang ajaib itu tidak kira siang atau malam. Bayangkan jika anda menunggu di suatu simpang tanpa lampu isyarat, tidak semena-mena ada kereta lain yang meluru keluar. Ataupun anda sama-sama teragak-agak. Malang tidak berbau!



Jenis 2 : Pemandu Terkejut-kejut
Bayangkanlah anda memandu dengan kelajuan sederhana, kerana anda takut dengan kereta yang berada di hadapan anda yang selalu brek mengejut. Kadangkala bukan ada sebab tertentu mengapa brek ditekan. Golongan tersebut mungkin pemegang lesen Percubaan atau jenis pemandu yang fobia. Akibatnya, kereta yang mengekor dari belakang ikut sama terkejut-kejut. Lainlah kereta yang dah berusia setengah abad.


Jenis 3 : Pemandu Botox
Apa yang terlintas dalam fikiran anda kalau sebut perkataan botox? Kecantikan? Sebenarnya, bukan semata-mata kecantikan tapi juga cucuk. Suntik! Takut cucuk atau suntik? Ops, anti-vaksin? Golongan pemandu botox ini lazimnya gemar cucuk belakang kenderaan lain. Bagai saya, golongan ini tidak semestinya gemar berlumba. Adakalanya, mereka cuma mahu menunjukkan kenderaan mereka yang sudah diubahsuai. Kononnya, merekalah paling hebat. Tengok sahajalah di lebuh raya lazimnya pada waktu malam, lagak mereka boleh membunuh banyak nyawa lain yang nyata memandu secara berhemah. Apa kurangnya siang, sewaktu trafik sibuk, ada sahaja yang berani dan tanpa segan silu akan cucuk kenderaan di hadapan mereka. Cucuk selagi boleh, itu motto mereka.



Jenis Pemandu 4 : Pemandu Hilang Ingatan
Golongan ini barangkali ada amnesia atau masalah kelupaan. Apa tidaknya, mereka buat keputusan di luar jangkaan seperti belok sesuka hati kerana tidak pasti jalan yang betul. Kata pakai teknologi canggih seperti Google Maps dan Waze, tapi teknologi bukannya sempurna. Paling berbahaya, brek kereta ditekan mengejut untuk melihat arah. Alahai, kalau ramai pemandu seperti ini, kita mungkin hidup lebih sedikit daripada yang sepatutnya. Hai pemandu baru, jangan hilang ingatan.



Jenis Pemandu 5 : Pemandu Terjulur
Jenis yang ini, agak lucu. Bayangkanlah pemandu mengeluarkan tangan atau kepala semata-mata untuk bersembang dengan rakan yang ada di kenderaan sebelah. Anda tak takut kehilangan tangan atau kepala? Kalau tak, sila amalkan amalan yang berfaedah ini.


     Kesimpulannya, jangan makan jalan. Kekalkanlah pemanduan yang berhemah. Simpan sedikit ke’otak-udang’an anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates