Social Icons

.

Tuesday, June 07, 2016

Sambutan Hari Keluarga KIRAMA Jubli Perak


Seperti tahun sebelumnya, Hari Keluarga O.T Ligub dan Odu Lontos akan diadakan pada pertengahan tahun. Sudah pasti tarikh cuti bersamaan Pesta Kaamatan dipilih supaya semua ahli keluarga dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Namun, kesempatan untuk hadir pada tahun ini sangat ditunggu-tunggu.

Tadau Paganakan pada tahun ini diadakan di Kampung Raganan, Kiulu pada 30 Mei 2016 yang lepas. Perjalanan dari rumah mengambil masa selama 30 minit dengan pemanduan sederhana. Almaklumlah, jalan raya berbukit-bukau dan muatan kereta penuh. Sepanjang perjalanan, apalagi... wefie berhabisan dengan adik-beradik yang sama gorgeous. Eh? Apakan daya, dua adik saya, Philippa dan Roland tidak ikut sama kerana mahu menikmati Running Man dengan rileksnya.

Saya fikir agak ramai juga ahli keluarga yang hadir dari jauh seperti Mantanau, Kota Belud dan Ranau. Aktiviti yang sudah dirancang awal dimulakan seawal 9 pagi seperti main dart dan monopuk. Tidak lama selepas itu, permainan untuk kanak-kanak iaitu tiup belon dan minum air berkarbonat turut diadakan. Seronok berjumpa kenalan lama. Nampak benar perubahannya. Ada yang dahulu kecil sudah menjadi besar dan begitu juga sebaliknya. Sesuatu yang misteri adalah mereka yang dahulunya single kini sudah berkahwin dan mempunyai anak untuk dibabo atau dikibit.

Acara makan tengahari diselikan dengan nyanyian Tondopiton dan lagu KIRAMA. Dulu, pernah ikut sama menyanyi atas pentas, tapi sekarang seganlah pula. Kesihatan saya tidaklah begitu baik. Sudahlah cuaca panas menyebabkan cuma terduduk sepi memerhati telefon bimbit dan persembahan tarian sumazau oleh belia Kg Raganan, Kiulu. Sewaktu Pondoyohon dan Tompipi saya sudah bergerak menuju ke kereta. Masa itu, tonsil saya makin menjadi-jadi. Saya getap bibir. Oh, alangkah ruginya saya tidak mengabdikan gambar beramai-ramai!


Tidak mengapa, jika ada kesempatan saya pasti akan hadir lagi pada tahun hadapan. Banyak kali juga dicanang, Hari Keluarga tahun hadapan akan diadakan di Kg Tombongon, Kiulu. Mudah-mudahan masih ada ruang dan masa. Mudah-mudahan rezeki ahli keluarga semakin bertambah dan kesihatan juga senantiasa baik.

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991

Raw Photo by @recqueal1991


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates