Social Icons

.

Thursday, July 14, 2016

Ada Cinta di Jugra, Banting


Beberapa tahun lepas, saya pernah ke bukit Jugra, Banting, Selangor. Apa yang didambakan bukan semata-mata panorama alam yang ternyata masih hijau terbentang luas, tapi satu keajaiban lain. Apakah itu? Saya percaya masih ramai yang pergi ke sana untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka iaitu payung terjun.

Seumur hidup, saya belum berkesempatan untuk ikut sama berpayung terjun. Nantilah, mudah-mudahan ada rezeki. Kalau kalian mahu berpayung terjun, carilah pengendali payung terjun yang berpengalaman. Jangan lupa bawa sekali Go Pro untuk merakam aksi lasak anda! Gayat? Lupakan gayat untuk aktiviti seperti ini.


Sebelum sampai ke puncak bukit Jugra yang tidaklah terlalu curam, akan ada satu gerai yang menjual buah-buahan dan air mineral. Tak tahulah pula sekarang. Kalau hendak ke sana melihat paratroopers ini, sebaiknya datanglah pukul 11 pagi ke atas. Kalau bernasib baik, pasti dapat lihat secara live tapi jika cuaca mendung dan hujan lupakan saja niat itu.


Wajib bergambar di sini.

Pelepasan ke udara Jugra.

Sumber: Google Image

Sumber: Google Image

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates