Social Icons

.

Monday, July 04, 2016

Alahai, Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Dua hari sahaja lagi, umat Islam seluruh dunia bakal menyambut bulan Syawal yang sudah pasti ditunggu-tunggu. Almaklumlah, sebulan menjalani bulan Ramadan, menahan diri daripada lapar dahaga dan melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

Saya tertarik untuk memerhati umat Islam di sekeliling saya. Shah Alam, di sinilah jasad saya berada untuk kelangsungan hidup. Begini, bukan saya menghakimi baik dan buruk mereka. Sebagai pembeli di bazar Ramadan dan pengguna tasik berdekatan untuk berjoging, saya cuma mahu berkongsi rasa hati.

Kalian pasti pernah membeli di bazar Ramadan? Lokasi PKNS menjadi pilihan kerana ada banyak gerai yang menjual aneka nasi, lauk, kuih dan air. Alkisahnya, saya beli sate untuk dikongsi jamah ketika sungkai bersama rakan serumah. Sedihnya hati apabila nampak telur sang lalat. Alahai!

Sungkai biasanya pada waktu 7.24-7.26 petang. Ramai yang memilih untuk berbuka puasa di tepi tasik. Namun, bekas makanan dan plastik tidak diurus dengan sempurna. Ada yang terlupa buang. Jadilah habuan gagak dan binatang lain. Kalau lalu pada waktu awal lagi, saya akan rasa kecewa. Kasihan para pekerja MBSA yang terpaksa bersihkan.

Nampaknya ramai yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Cuti sakan, ya? Utamakan aspek keselamatan baru fikir untuk bersukaria. Jangan letupkan mercun di kawasan perumahan, anda mungkin mengganggu anak kecil. Hormati juga tempat seperti hospital, anda mungkin mengganggu rehat pesakit yang baru keluar dari bilik bedah.


Akhir kata, bersederhanalah dalam apa jua yang anda lakukan. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Google Image


Google Image

Google Image
Google Image


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates