Social Icons

.

Monday, July 18, 2016

Mana Manuskripku?


Saya telah berhasil menulis beberapa cerpen yang diterbitkan dan memeluk sendiri buku yang siap dicetak. Alangkah puasnya perasaan itu. Ya, saya gembira kerana saya sendiri yang merangka idea cerita tanpa ada unsur plagiat. Saya sendiri menjual buku demikian dengan harapan ada yang menyedari bakat menulis saya.

Saya selalu berfikir bilakah manuskrip pertama saya akan siap. Maksud saya, manuskrip novel. Hari ini, saya mahu berfikir sedalamnya. Saya mahu meneroka isi hati saya, adakah saya menulis dari hati yang paling dalam atau sekadar mengikut tren semasa. Ah, persetankan unsur komersial! Saya menulis bukan kerana royalti.

Persoalannya, di mana manuskrip yang telah lama kudambakan? Jawapannya, dalam kotak fikiran yang berdebu, statusnya hampir terkubur kerana tidak diusahakan untuk satu tempoh yang lama. Sedangkan manusia lain yang prolifik boleh menyiapkan satu novel dalam masa satu bulan.

Mengkaji diri sendiri tidaklah sesusah mana, cuma duduk muhasabah diri dan renungkan kembali apa yang dilakukan pada setiap jam yang berlalu. Bagaimana pembahagian masa kita hari demi hari telah menyebabkan kita semakin ketinggalan masa? Seperti apakah itu, kalian?

Saya gariskan 5 sebab utama:
1. Tidak fokus
2. Tidak ada matlamat
3. Malas
4. Ralit dengan hal lain
5. Tidak mahu berpindah minda
6. Tidak sistematik


Maka pada hari ini, saya juga mahu mengubah diri yang lama tidak diketuk oleh tukul gergasi. Saya tidak mahu bazirkan masa lagi. 

Manuskrip semata dari Google Image.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates