Social Icons

.

Monday, August 08, 2016

Bagaimana Saya Fight Monday Blues

1
.    Seterika Pakaian Kerja 5 Set
Mudah sahaja sebenarnya. Saya akan seterika pakaian kerja pada bila-bila masa pada hujung minggu sambil menonton drama atau filem. Jadi saya tidaklah fokus untuk kerja dengan seterika pakaian setiap hari, semata-mata.

2.    Tidur Awal, Set Ringtone Alarm Lagu Kegemaran
Saya hanya tidur bila saya mengantuk. Sebenarnya rasa rugi jika masa produktif tidak digunakan dengan sebaiknya. Ada beberapa nada dering kegemaran saya, namun yang terbaru adalah soundtrack daripada drama korea ‘Descendants Of The Sun.’

3.    Dengar Lagu Motivasi Sebelum Tidur
Contoh lagu motivasi bagi saya adalah ‘Gemuruh’, ‘Gemilang’ dan ‘Biar Mimpi Sampai ke Bintang’.  Atau boleh dengar lagu yang menaikkan semangat dalam pelbagai hal seperti ‘Laskar Pelangi’, ‘Jangan Menyerah’, ‘The Climb’, ‘Brave’ dan ‘What Doesn’t Kill You (Stronger). Saya sentiasa menggemari lagu alternatif yang menyuruh manusia lain untuk berjuang mencari erti kehidupan masing-masing.

4.    Niat Untuk Mulakan Kerja Hari Isnin
Ada sedikit doa dan ketekunan diperlukan untuk hal yang satu ini. Muhasabah diri dahulu, kemudian niat untuk bekerja. Lagi baik niatkan diri untuk bekerja seminggu terus.

5.    Atur dan Kemas Tempat Kerja


Perkara terpenting adalah susun atur yang minimalis. Kemaslah, ambil masa 10 minit untuk buang benda yang tidak diperlukan. Apabila tempat sendiri kemas, sedaplah mata memandang. Kita yang hendak bekerja pun rasa tenang. Peraturan mudah, letak semula apa-apa barang di tempat asal selepas guna apa-apa.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates