Social Icons

.

Monday, August 01, 2016

Bulan Baharu, Ogos 2016


Selamat menjalani bulan baharu. Dear August, rezeki apakah akan aku peroleh pada bulan ini? Semoga aku mendapatkan apa yang aku bisa dapatkan dengan tulang 4 kerat ini, tulang yang menghampiri usia 27 tahun. Usia wajar untuk seorang gadis menikah dan mula berkeluarga, tapi aku seakan jauh dari semua itu.

Aku tidak punya kekuatan untuk meneruskan apa yang aku mulakan pada 11 Januari 2014. Sebuah kisah yang tulus dan ikhlas, namun hakikatnya berbeza pendirian agama. Maafkan aku, Tuhan kerana mencintai manusia lebih dari Engkau. Kini, aku tersepit pada skala yang maha dahsyat. Ternyata, akulah si ‘mother-fucker’ yang dibenci kerana meladeni ‘anjing’ pada deria penglihatannya.

Siapa aku menidakkan apa yang dia nampak sendiri dengan matanya. Tidak mungkin tidak benar. Ah, maaf sekali lagi. Ternyata aku sudah malu bertalu-talu dan tidak mampu untuk menegakkan benang yang basah lagi. Aku mengaku aku silap. Mana ada manusia yang sempurna. Lagipun kalau aku usulkan perkara sebenar, mana mungkin kau percaya. Aku yakin panas baranmu lagi dahsyat, sedahsyat letusan gunung berapi.


Terjadinya hari ini bukan semata-mata takdir biasa, tapi kesempatan daripada Tuhan untuk mengubah apa yang diminta oleh anak-anaknya. Cukuplah aku menyakiti. Sebelum aku mati, aku tidak mahu menyakiti hati siapa-siapa lagi. Maaf, ini tekad hatiku dari dasar yang paling berani.

Sekadar hiasan. (Google Image)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates