Social Icons

.

Wednesday, September 28, 2016

Sekadar Luah Rasa


Tatkala manusia lain sedang sibuk untuk meminta agar dibukakan rezeki kahwin, setidaknya rezeki untuk mendapat jodoh, saya pejam mata. Lain pula dengan saya, saya mohon agar dibukakan rezeki untuk sambung belajar.

Ah, perasaan ini terlalu syahdu. Pada usia bakal menginjak 27 tahun tidak lama lagi tetapi saya belum mempunyai pekerjaan tetap. Maksudnya, satu jawatan yang boleh menaikkan taraf hidup keluarga. Apalah ada dengan jawatan.

Ya, saya tidak mencapai ke arah itu kerana pencapaian saya sendiri yang kurang cemerlang. Saya cuma biasa-biasa.


Namun, saya bersyukur. Semuanya dicukupkan. Sekurang-kurangnya ada beberapa nikmat lain yang menyinggah. Nikmat-nikmat itu pula mengajar saya erti reda. Pada masa yang sama, bersabar dan terus berusaha menjadi kunci meneruskan penghidupan.

Google Imej

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates