Social Icons

.

Wednesday, October 05, 2016

Mudahnya Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP



Saya termasuk dalam golongan peminjam PTPTN dan sejujurnya bayaran balik pinjaman saya tidak konsisten.

Hai bakal peminjam pada masa akan datang, maafkan kami para pelajar yang lebih dahulu tidak menyudahkan bayaran. Akibatnya, kalian yang tidak mendapat pinjaman secara penuh.

Sebaiknya, usahakanlah untuk tidak meminjam. Namun, tidak semua individu yang menyambung pengajian selepas SPM akan mendapat biasiswa. Selain bantuan kewangan daripada Fama (Father-Mother), para pelajar tidak mempunyai banyak sumber kewangan lain selain bekerja secara separuh masa. Tiada pilihan lain, berikhtiar dengan PTPTN jua.

Setelah mengetahui jumlah tunggakan saya melalui PTPTN careline (03-2193 3000), saya terus menyemak jumlah Akaun 2 – Penyata KWSP. Buat makluman anda semua, hanya Akaun 2 sahaja yang dibenarkan untuk tujuan pengeluaran pendidikan.



Mudah sahaja daftar iAkaun KWSP. Anda cuma perlu telefon KWSP careline (03-8922 6000) dan minta nombor ahli serta 6-digit kod pengaktifan. Kemudian, pergi ke tab Pengeluaran dan isikan seperti gambar di bawah.



Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat. Sila ambil masa untuk menyemak semula.

Pada ruangan di bawah, anda akan melihat No. Rujukan Pelajar (NOMBOR PINJAMAN). Jika anda tidak pasti, anda boleh hubungi PTPTN careline (03-2193 3000). Secara automatik, anda boleh menyemak amaun kelayakan anda. Hendak guna Akaun 2 sepenuhnya pun tidak jadi masalah. Anda sendiri yang tentukannya.



Langkah seterusnya, anda hanya perlu cetak ringkasan permohonan pengeluaran. Jangan lupa untuk sahkan. MUDAH, bukan?

Tunggu sahaja SMS yang menyatakan permohonan anda telah diproses. Pihak KWSP akan beri masa selama 14 hari untuk membuat pengesahan cap jari kiri dan kanan. Jangan lupa untuk bawa bersama kad pengenalan dan skrol tamat belajar (original dan salinan).




Beri masa selama 14 hari kepada pihak KWSP dan rujuk semula pada pihak PTPTN untuk melihat baki pinjaman (sekiranya ada). Beruntunglah jika hutang anda sudah dilangsaikan. Jika hutang PTPTN anda masih tertunggak dan anda tidak mampu untuk membayar mengikut jumlah yang ditetapkan, rujuklah dengan pihak PTPTN. Buat semula penstrukturan. Nyatakan kemampuan anda.

Nama anda sudah disenaraihitamkan dalam CCRIS? Buatlah semakan terus di kaunter atau kiosk Bank Negara Malaysia.


Selamat melangsaikan hutang PTPTN.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates