Social Icons

.

Monday, November 07, 2016

Angan-angan Menaip


Ya ampun, rindunya menaip! Sekarang saya sudah terbiasa menaip menggunakan papan kekunci ini dan hafal setiap satunya. Maka, kemahiran menaip saya menjadi sesuatu yang menggembirakan.

Namun, ada sedikit ‘disadvantage’ terkesan. Jadual saya menjadi semakin ‘advance’. Saya bangun satu jam tiga puluh minit lebih awal dan sampai di rumah satu jam lewat (jika ditolak masa joging pada hari biasa).

Perjalanan dari rumah ke tempat kerja kini menjadi sangat memenatkan. Pastinya, saya tidak dapat lari lagi (joging) pada hari biasa. Agak terasa juga perbelanjaan meningkat disebabkan tambang pengangkutan awam.

Saya sebenarnya semakin buntu. Saya semakin lupa bagaimana mahu meneruskan kegiatan menaip yang kononnya saya minat ini. Betulkah saya minat untuk menghasilkan karya saya sendiri? Atau sekadar mahu mencari populariti atau glamor duniawi? Atau sekadar mahu mengikut trend manusia lain?

Telah saya cuba untuk kurangkan pelbagai item di sekeliling agar dapat bernafas dengan lebih lega. Syukur, saya berjaya menjalani proses itu. Proses de-cluttering itu mengajar saya untuk tidak perlu hoard barang. Kononnya, ada unsur sentimental di situ.

Saya masih berfikir. Selain Sabtu dan Ahad, adakah waktu untuk menaip dengan sepenuh produktiviti? Saya risau memikirkan minat atau angan-angan Jenin semata. Kak Mimi sudah usaikan Jeninnya. Peninglah hai kepala otak. Apa pun, semoga hati terbuka untuk menjadi tukang taip dan sentiasa ada produktiviti tinggi. Berikan jari-jemari ini ruang untuk mencari rezeki hakiki. Semoga ada ruang yang semakin menghampiri.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates