Social Icons

.

Monday, December 05, 2016

Hilang Fokus


Saya mengerti dua minggu belakangan ini jiwa saya sedikit terganggu. Walau bagaimanapun, saya masih mampu mengawal akal waras dan akal fikir. Oh, apa yang mampu dilakukan oleh jiwa yang akhirnya terpaksa akur dengan kehendak takdir?

Bak kata orang yang pernah menjadi bahagian terpenting dalam hidup aku itu, kenapa dipertemukan jika akhirnya jadi begini juga? Jadi, akukah yang salah kerana ‘tidak mahu’? Maaf, menunggu saat saya mahu itu mungkin adalah titik tolak saya menjadi lebih pentingkan diri.

Saya dan peribadi yang begitu bererti itu perlu akur menerima ketentuan ini. Kita tidak boleh menyalahkan takdir ini. Saya juga tidak kata semua perkara ini ada hikmah yang perlu digali agar hari esok menjadi sesuatu yang boleh dihadap dengan hati yang bagus. Esok; adalah hari yang penuh dengan misteri.

Maafkan diri ini sekali lagi. Tiada gunanya kita bersengketa atau menyimpan rasa benci disebabkan keputusan saya yang begitu nekad ini. saya andaikan diri ini dibenci seperti sebelum ini dan disalahtafsir sebagai gilakan orang-orang sini yang begitu tidak digemar oleh orang sana.

Genaplah empat belas hari menjalani hari-hari sendiri. Kau tidak ada di mana-mana. Entah ke mana kau pergi, sihatkah, makankah, kerjakah. Bagaimana kau menghadapi fasa-fasa tanpa seorang yang begitu dekat itu?

Saya terlalu hilang fokus. Saya tidak dapat menyusun kata untuk ditukar menjadi cerita pendek apatah lagi cerita panjang. Manuskrip yang diusahakan sejak beberapa bulan lepas juga terbengkalai dan terbiar tanpa disambung. Susahnya mengatur gerak huruf tanpa sebuah ketenangan. Cacamerba segala sesuatu.


Saya terpaksa berpura-pura punya amnesia tingkat tinggi. Semuanya disebabkan hidup yang perlu diteruskan sekalipun saya sendiri tidak tahu esok masih panjang atau sebaliknya. Berlepaslah ke daerahmu dengan hati yang tenang. Semoga perjalananmu akan mendapat keberkatan daripada yang maha kuasa.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates