Social Icons

.

Wednesday, January 18, 2017

Antara Cita dan Cinta 2017: Mencari Makna Tahun Baru


  Selamat Tahun Baru sekalipun posting ini disudahkan pada hari kedua belas tahun ini. Saya berasa kosong dan tiada semangat untuk menghidupi kehidupan yang kononnya indah. 

  Di mana letaknya indah itu? Mungkin telah jauh hilang dilanda badai atau sengaja tercicirkan.

  Saya percaya, ada tiga hal yang ingin saya perhalusi:

1. Bibliophile – lebih banyak membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh diperoleh dari mana-mana. Pinjam buku di perpustakaan atau ambil dari pasar percuma.

2. Minimalis dan Law of Attraction – maksudnya bersederhana dan cuma-cuma. Saya bukannya kaki shopping, jadi pengeluaran wang ke arah membeli sesuatu yang berlebihan sangat jarang. LOA pula saya sudah tahu mengenainya lebih awal tetapi belum berhasil untuk melaksanakannya sendiri.

3. Interactive – mahu mengenal manusia lebih banyak. Caranya, lebih kerap menegur semua rakan di media sosial sama ada kenal atau tidak. Kemudian, saya hendaklah membalas respon segera sesiapa sahaja dengan kadar segera. Membangunkan jenama baru Elle Ray adalah kejayaan terbesar kerana mendapat 3200 Friends (550 Followers) setelah sebulan memdaftarkannya.

  Semua itu adalah cara saya menumbuhkan cinta dalam hati. Ternyata sangat membantu sebagai manusia yang masih berjuang untuk melaksanakan kemahuan. Semoga ada indah yang Tuhan limpahkan daripada doa anak kecil ini. Ya Tuhan, perkenalkanlah doa anakmu ini.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates