Social Icons

.

Tuesday, May 09, 2017

HIDUP BARU, YA TUHAN MUDAHKANLAH


M
ata berhabuk pagi iniSeolah-olah semua yang fasa-fasa kecil, kesusahan sederhana yang sedang terjadi sebenarnya sedang mengatur langkah hidup untuk menjadi matang. Benar, saya sedang mengalami kelukaan batin?
Begitu lama? Lima bulan, mungkin belum terlalu lama.
Jika begitu, andaikan sahaja ianya adalah penyembuhan batin.
Batin adalah semua hal yang berkaitan hati dan jiwa. Bila kita berfikir yang baik, maka kita hasilkan sesuatu tindakan yang baik. Dan begitu juga sebaliknya.
Saya hanya mahu ingatkan diri bahawa kelukaan batin saya agak dalam tapi terkawal. Ia seperti mendengarkan lagu Dilema Cinta yang dinyanyikan oleh Ungu. Namun hal yang lebih penting adalah kita terus panjatkan doa, setinggi dan semampu yang mungkin.
Saya mengakui bahawa saya tidak terlalu menitikberatkan suatu perkara yang sepatutnya saya dahulukan daripada waktu itu. Sebab itu, ada kesukaran untuk meninggalkannya hari ini. Mulakan semula segala sesuatu dengan kepayahan tidak mudah.
Janji tetap janji. Saya mulakan semula sedikit demi sedikit. 
Saya harus lepaskan hal negatif dan terus fokus. Kemudian buat sesuai dengan perancangan. Belajar untuk katakan tidak apabila jawapannya tidak.
Pertama, buang dan padam apa pun yang tidak perlu. 
Masa untuk hiburan sudah tamat pada 7 Mei 2017 yang lepas. Saya akui sudah berehat semahunya dan berhibur semahunya.
Tidak bekerja selama tiga minggu, oh asyiknya duduk di rumah setelah bekerja dengan jam kerja yang tidak menentu. Maka inilah masanya untuk memasang gear lima. Pacu saja laju-laju hal yang perlu diselesaikan dan terus bergerak.
Terima kasih Tuhan. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates