Social Icons

.

Thursday, June 22, 2017

MENANGISLAH KERANA DIA YANG DI SYURGA



Saya percaya kalian juga menginginkan yang terbaik selama manapun hidup dan tinggal di dunia. Tiada seorang pun yang mahu hidupnya dipandang hina.

Tapi untuk menjadi manusia yang hampir sempurna, kita haruslah merasakan hina lebih dahulu. Perasaan manusia yang hina sangat ampuh, dia boleh menangis secara telus tanpa ada rasa keterpaksaan.

Hari ini saya mahu menundukkan diri, merendahkan keegoan dan berlutut pada Dia.

Pada suatu kepercayaan lain, mereka sujud tanda mereka sangat kerdil. Mereka juga sungguh-sungguh mahu memohon keampunan daripada Yang Maha Kuasa.

Saya berdosa.

Saya sungguh berdosa.

Jadi, doa yang biasa sahaja tidak cukup. Saya harus bertaubat, adakah kalian seperti saya? Adakah kalian yang mahu bersama saya untuk menjadi lebih baik daripada kelmarin?

Masa hadapan tidak boleh diramal tapi kita boleh melakukan sesuatu untuk menjadikan esok lebih baik.

Mulakan dengan melihat amalan setiap hari. Kaji apa tabiat kita. Semak semula kecenderungan kita.

Mulakan hidup baru yang penuh dengan harapan membahagiakan.


Saya percaya Dia yang berada di syurga, sentiasa menanti kita dengan tangan terbuka.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin



Cool Widgets
 
Blogger Templates